DI SEBALIK berita duka mengesahkan dirinya mempunyai masalah jantung, isteri kepada pelawak Shuk Sahar iaitu Fara Salleh turut berkongsi khabar gembira sedang hamil dua bulan. Menurut Fara, dia mengetahui dirinya mengandung selepas membuat imbasan X-ray ketika melakukan pemmeriksaan kesihatan ke atas dirinya baru-baru ini. "Tak tahu nak gembira ke apa sebab sebenarnya saya baru sahaja didiagnos mempunyai masalah jantung iaitu symptom brugada tahap satu sebab kerap pengsan. Fara sedar dirinya hamil selepas membuat imbasan x-ray. "Memang selalu juga berulang alik hospital, tapi bila buat imbasan x-ray di perut tak sangka rupanya saya sedang hamil. "Dah masuk bulan kedua usia kehamilan dan doktor kata tak boleh nak buat apa-apa sehingga bayi lahir," katanya ketika dihubungi mStar. Bercerita lanjut, jelas Fara dia sepatutnya menjalani operasi pembedahan jantung, namun kerana sedang hamil doktor menasihatinya menangguhkan prosedur berkenaan. Tambah Farah, fokus utamanya sekarang adalah pada kesihatan diri dan bayi dalam kandungan. ARTIKEL BERKAITAN: Fara Salleh mengaku minta cerai, tak tahan perangai Shuk Sahar... “Berubah tapi sekejap saja” ARTIKEL BERKAITAN: Hubungan dengan Shuk Sahar kembali pulih, tapi ada netizen tak suka... Fara Salleh bagi cadangan ‘block’ IG Malah Farah memberitahu doktor memasukkan Implantable Loop Recorder atau ILR ke dalam badan bagi merekodkan data jantungnya. "Kalau tak saya sepatutnya perlu buat pembedahan jantung jika tidak kena masuk bateri. "Jadi doktor terpaksa tangguhkan pembedahan ke atas saya kerana ia sangat berisiko untuk saya dan bayi. "Buat masa ini fokus pada kesihatan bayi dan masukkan ILR untuk monitor jantung," jelasnya. Dah masuk bulan kedua usia kehamilan dan doktor kata tak boleh nak buat apa-apa sehingga bayi lahir. FARA SALLEH ISTERI SHUK SAHAR Dalam pada itu, Fara bersyukur di awal kehamilan dirinya belum mengalami sebarang alahan teruk atau mengidam pelik. Kata Farah, jika sudah tiba masa untuk bayi dilahirkan, doktor dah cadang untuk lakukan secara pembedahan dan bukan kaedah normal. "Setakat ini syukur saya tidak alami apa-apa alahan, mengidam, penat atau mengah. Minta doa yang baik-baik sahaja terutama buat bayi agar mampu bertahan. "Doktor juga dah maklumkan kalau bersalin nanti perlu secara pembedahan caesarean," ujarnya. Fokus Fara sekarang adalah kesihatan diri dan bayi dalam kandungan. Untuk rekod, Fara dan Shuk mendirikan rumah tangga pada November tahun lalu dan ini merupakan perkahwinan kedua buat pelawak itu. Syuk sebelum ini pernah berkahwin dengan Rossa Sera dan bercerai pada 22 Mac 2023. Hasil perkahwinan itu mereka dikurniakan dua orang cahaya mata iaitu Nur Qurratu Ain, 8, dan Nur Assyifatu Aimi, 5 tahun. Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di WhatsApp, Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube TONTON VIDEO PILIHAN!