SELEPAS dua bulan melahirkan cahaya mata kelima, pelakon Datin Almy Nadia akhirnya mendedahkan wajah anak perempuannya untuk tatapan peminat di media sosial. Almy atau Ungku Almy Nadia Aminuddin Shah, 38, turut meluahkan rasa syukur kerana bayi itu membesar sihat dan berat semakin bertambah. Malah, dia dan suami iaitu pelakon Datuk Fizz Fairuz bersepakat memilih nama Nur Afrina Alisya untuk anak kelimanya itu. Berat badan Alisya mencecah 6 kilogram di usia dua bulan. "Assalamualaikum semua, Alhamdulillah hari ini (Isnin) anak saya dah berusia dua bulan lebih. "Saja mama (panggilan Almy) tunjuk gambar dia (anak) atas penimbang sebab dia sihat dengan jayanya Alhamdulillah. Nama dia Nur Afrina Alisya, panggil Alisya ya," katanya. Almy berkongsi perkara itu menerusi sebuah hantaran yang dimuat naik di Instagram pada Isnin. ARTIKEL BERKAITAN: Fizz Fairuz dan Almy Nadia selamat timang anak kelima ARTIKEL BERKAITAN: Niat sedekah basikal terbantut, akaun IG Almy Nadia tiba-tiba lesap Dalam perkongsian tersebut, Almy turut memuat naik beberapa keping foto Alisya sewaktu berada di atas penimbang bagi menunjukkan peningkatan berat badan bayi berkenaan. Meskipun baru berusia dua bulan, namun berat badan Alisya kini hampir mencecah 6 kilogram. Untuk rekod, Almy mendirikan rumah tangga dengan Fizz pada 26 April 2014. Hasil perkahwinan itu mereka dikurniakan lima orang cahaya mata perempuan iaitu Nur Afrna Arianna, 9, Nur Afrina Aurora, 8, Nur Afrina Ayra, 6, Nur Afrina Aisyah, 3, dan Alisya yang dilahirkan pada 18 September lalu. Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube TONTON VIDEO PILIHAN!