PENYANYI Syura Badron memaklumkan suaminya iaitu Muhammad Farizat sedang menerima rawatan di hospital kerana melecur di bahagian muka, kaki dan tangan akibat letupan tong gas di tempat penginapan mereka di Perlis baru-baru ini. Tenang menerima ujian itu, Syura atau Zuraidah Badron, 38, memohon orang ramai mendoakan kesejahteraan Farizat dan menganggap ada hikmah disebalik dugaan yang berlaku pada keluarganya. "Dengan berat hati saya ingin memaklumkan suami saya, Farizat dimasukkan ke hospital kerana melecur teruk di bahagian muka, kaki dan tangan akibat letupan gas memasak yang berlaku di tempat penginapan kami di Perlis pada malam Jumaat yang lepas. Syura memaklumkan suaminya sedang dirawat di hospital. "Mohon doa dari semua semoga diberikan kesembuhan buat suami dan diberikan kekuatan menghadapi ujian Allah ini. "Semoga ada hikmah yang baik disebalik ujian ini, Allah maha baik," katanya. Syura memaklumkan perkara itu menerusi hantaran di Instagram pada pagi Isnin. Dalam pada itu, Syura menyifatkan suaminya sebagai seorang lelaki yang hebat pernah dikenalinya. ARTIKEL BERKAITAN: Ada sebab suami menangis dapat kejutan, Syura pula kekok hamil lagi selepas 11 tahun ARTIKEL BERKAITAN: Selepas 12 tahun Syura timang bayi lelaki, beri nama Muhammad Umar Eussof Meskipun sedang menahan sakit, Farizat masih mampu untuk senyum agar keluarga tidak risau tentangnya. "Buat suami saya, awak lelaki yang sangat hebat pernah saya jumpa. "Dalam menahan sakit awak masih lagi mampu tersenyum untuk saya dan anak-anak. "Terima kasih sebab bertahan dan semoga Allh angkat sakit yang awak rasa dan diberikan kesembuhan secepatnya, semoga ia jadi asbab pahala yang besar untuk awak," ujarnya. Syura anggap suaminya sebagai lelaki hebat. Untuk rekod, Syura Ini pernah mendirikan rumah tangga dengan Mohd Fadhly Md Yassin pada 16 April 2006 namun mereka berpisah pada Ogos 2015. Hasil perkongsian hidup itu, mereka dikurniakan tiga cahaya mata, Nurul Dania Irdani, 17, Nurul Qaisara Sofia, 15,dan Muhammad Irfan Aryan, 13 tahun. Kemudian Syura bertemu jodoh dengan Farizat pada 22 Januari 2022 dan dikurniakan seorang cahaya mata lelaki bernama Muhammad Umar Eussof yang kini berusia setahun. Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di WhatsApp, Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube TONTON VIDEO PILIHAN!