suria

Seperti kehilangan bapa sendiri, Ramlah Ram kenang jasa Ahmad Nawab bentuknya sebagai penyanyi

Allahyarham sentiasa bantu Ramlah sejak kemasukkan industri hiburan.

PENYANYI Ramlah Ram menyifatkan pemergian komposer Tan Sri Ahmad Nawab ibarat kehilangan seorang bapa.

Ramlah, 59, berkata, sejak awal pembabitan dalam industri seni, arwah merupakan insan yang menjaga dan membentuknya sehingga berjaya.

“Allahyarham macam bapa saya. Dia yang menjaga saya sejak awal penglibatan dalam industri. Bila berada di sini (di kediaman arwah), segalanya seakan terimbas kembali memori lama kami.

Untitled design (5)

Ramlah anggap arwah seperti bapa sendiri.

“Saya rasa kehilangan yang sangat besar. Dia seorang yang sangat bertanggungjawab. Semua tahu cara dia bekerja dan dia menjaga saya sebab sejak datang ke Kuala Lumpur saya berjauhan dengan keluarga.

“Orang cakap dia garang tetapi bagi saya dia seorang yang kelakar dalam tegas. Kami rapat macam keluarga malah sering berkongsi masalah sesama kami,” katanya kepada mStar.

Ramlah berkongsi perkara itu ketika ditemui di kediaman Allahyarham di Gombak, Selangor pada malam Ahad.

ARTIKEL BERKAITAN: Ahmad Nawab gemar rendang ayam, Rosnani Jamil terkilan tak dapat ziarah arwah

ARTIKEL BERKAITAN: Tokoh muzik legenda Ahmad Nawab meninggal dunia pada usia 92 tahun

Dalam pada itu, Ramlah terkilan apabila tidak dapat bertemu dengan arwah sebelum menghembuskan nafasnya yang terakhir.

Jelas Ramlah, dia juga kesal kerana sering menundakan pertemuan dengan arwah atas faktor kerja.

“Saya tak tahu dia sakit sebab dia sangat privasi. Bila saya nak ziarah, dia tak izin. Saya hormati permintaannya waktu itu.

Saya rasa menyesal dan terkilan sangat.

RAMLAH RAM

PENYANYI

“Saya memang selalu teringat untuk berjumpa dengannya tetapi selalu tertangguh. Itu yang menyebabkan saya rasa menyesal dan terkilan sangat,” jelasnya.

Untuk rekod, album pertama Ramlah diterbitkan Allahyarham berjudul Sabarlah Sayang pada tahun 1986.

Malah Ahmad Nawab turut menerbitkan beberapa album lain Ramlah termasuk album Kau Kunci Cintaku (Dalam Hatimu) pada 1988.

553

Allahyarham meninggal dunia akibat sesak nafas.

Lagu Kau Kunci Cintaku (Dalam Hatimu) juga berjaya memenangi Anugerah Juara Lagu pada tahun sama.

Ahmad Nawab meninggal dunia kira-kira pukul 3.15 petang di kediamannya di Gombak, Selangor akibat sesak nafas.

Jenazah akan dimandikan dan dikafankan di surau Taman Melewar, Gombak sebelum dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Raudhatul Sakinah jam 10 pagi Isnin.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di WhatsApp, Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain