PENYANYI Datuk DJ Dave berpendapat komposer masa kini tidak setanding malah masih jauh untuk menyaingi kehebatan Allahyarham Tan Sri Ahmad Nawab. Bukan mahu memperlekeh tetapi DJ Dave atau Irwan Shah Abdullah, 76, berkata untuk seorang komposer menggubah lebih 2000 lagu ia adalah satu perkara luar biasa dan sukar dicapai. “Saya bukan nak cakap pencipta lagu sekarang tidak bagus tapi untuk tandingi arwah jauh sekali bezanya. DJ Dave sedih kehilangan insan berbakat di industri seni. “Tahap dia tinggi sekali, sudah cipta lebih 2,000 buah lagu dan ia bukan perkara mudah,” katanya kepada mStar. DJ Dave berkongsi perkara itu ketika ditemui di kediaman Allahyarham di Gombak, Selangor pada malam Ahad. Berkongsi pengalaman bekerja dengan arwah, DJ Dave menyifatkan Allahyarham seorang yang tegas namun sikap itu membuatkan penyanyi sepertinya berusaha lebih keras untuk berjaya. ARTIKEL BERKAITAN: Ahmad Nawab gemar rendang ayam, Rosnani Jamil terkilan tak dapat ziarah arwah ARTIKEL BERKAITAN: Tokoh muzik legenda Ahmad Nawab meninggal dunia pada usia 92 tahun “Sebelum masuk ke studio rakaman arwah mahu penyanyi itu sudah bersedia, kalau tidak memang kena marah. “Banyak kali saya kena tegur dan marah, tapi ketegasan dia beri semangat untuk saya belajar dengan lebih gigih,” ujarnya. Sementara itu, jelas DJ Dave lagi, legasi yang ditinggalkan arwah juga tidak ditelan dek zaman. Legasi yang tak akan hilang selama-lamanya. DJ DAVE PENYANYI Apatah lagi ketika musim hari raya kerana hampir 70 peratus lagu yang berkumandang adalah ciptaan Ahmad Nawab. “Legasi yang tak akan hilang selama-lamanya... Lihat saja lagu hari raya, 70 peratus berkumandang di radio adalah ciptaan Allahyarham. “Hail Amir, Latiff Ibrahim dan Sharifah Aini, lagu-lagu mereka hit kerana ciptaan arwah. Allahyarham meninggal dunia akibat sesak nafas. “Bukan 1,000 tahun tapi selama-lamanya karya Allahyarham takkan hilang,” jelasnya. Ahmad Nawab meninggal dunia kira-kira pukul 3.15 petang di kediamannya di Gombak, Selangor akibat sesak nafas. Jenazah akan dimandikan dan dikafankan di surau Taman Melewar, Gombak sebelum dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Raudhatul Sakinah jam 10 pagi Isnin. Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di WhatsApp, Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube TONTON VIDEO PILIHAN!