PELAKON Ellie Suriaty menyifatkan dakwaan buli dalam kalangan artis senior terhadap pendatang baharu sebagai tuduhan biadab dan boleh menjatuhkan taraf industri seni negara. Kesal dengan dakwaan tersebut, Ellie atau Ellie Suriaty Omar, 54, sebaliknya meminta pendatang baharu bersedia berdepan tekanan dan cabaran jika mahu bergelar anak seni yang berkaliber. “Saya menyangkal dakwaan buli itu sebab saya tahu bagaimana orang dalam industri kita berkerja. Teguran atau nasihat itu perkara biasa. Ellie nasihat artis baharu terima teguran senior dengan lapang dada. “Sekiranya mahu menjadi anak seni, kena kuat dari segi mental dan fizikal sebab kerja ini memang sukar. Jangan tunggu untuk disuap setiap masa, kalau begitu baik jadi influencer saja!” katanya kepada mStar. Elly berkongsi perkara itu ketika ditemui di Forum ‘Lihatlah Dunia, Trofi FFM Merubah Hidupku’ yang diadakan di Datum Jelatek, Kuala Lumpur pada petang Ahad. Forum bersempena Festival Filem Malaysia ke-33 (FFM33) itu dianjurkan oleh Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (Finas) dengan kerjasama Persatuan Wartawan Dan Penulis Hiburan Malaysia (WHAM). Dalam pada itu, Ellie berpendapat pelakon baharu perlu berlapang dada menerima nasihat dan teguran kerana ia adalah proses pembelajaran. ARTIKEL BERKAITAN: Hariz Hamdan tiada pengalaman buruk di set penggambaran, sentiasa jaga sikap dan terima teguran artis senior ARTIKEL BERKAITAN: [V] Siti Khadijah masih ingat insiden dicampak skrip, kena buli di lokasi penggambaran Jelasnya sikap mudah melenting apabila ditegur seolah-olah tidak menghormati pengalaman dan kredibiliti pelakon senior di set penggambaran. “Setiap nasihat dan tunjuk ajar diberikan orang lama adalah satu proses pembelajaran. Nak jadi pelakon tidak boleh terlalu manja dan kena tahan lasak,” ujarnya. Ellie turut menegaskan dia enggan bekerjasama dengan golongan seperti ini kerana bimbang sikap dipamerkan akan menjadi barah dalam industri. “Saya rasa sikap sebegini seperti virus, kenapa perlu memburuk-burukkan industri yang menjadi tempat cari makan . Ellie menjadi moderator bagi sesi forum Lihatlah Dunia. “Saya kenal pasti orang bercakap itu dan saya tak akan ambil dia berkerja dalam sebarang projek arahan saya. Saya buat ini kerana sayangkan industri saya,” jelasnya. Dalam perkembagan lain, Ellie yang tampil mengendalikan sesi forum Lihatlah Dunia, Trofi FFM Merubah Hidupku’ membincangkan topik haja tuju industri filem tempatan. Antara barisan pelakon terkenal yang hadir sebagai panel termasuklah Datuk Rosyam Nor, Maya Karin, Fauziah Ahmad Daud dan Erra Fazira. Turut hadir Ketua Pegawai Eksekutif Finas iaitu Datuk Azmir Saifuddin. Selain forum, acara yang berlangsung selama dua hari itu turut dirancakkan dengan aktiviti lain termasuklah sesi zumba, pertandingan pakaian beragam dan pertandingan karaoke. Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di WhatsApp, Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube TONTON VIDEO PILIHAN!