GELAGAT pelakon Zul Ariffin ketika berdoa dikurniakan jodoh semasa mengerjakan ibadah umrah di Makkah mencuri perhatian ramai. Mana tidaknya semasa berdoa, Zul, 37, dengan jelas meminta agar dipertemukan jodoh bersama empat orang wanita. "Allahumma Zawwijni Arba’a (Ya Allah kurniakanlah daku empat orang isteri)," ujarnya. Zul tersipu ketika gelagatnya dirakam. Menerusi video yang dimuat naik di TikTok, Zul dilihat sedang fokus membaca doa namun ketika tersedar dirinya dirakam dia segera mengubah bacaannya. Dia juga sempat menjelaskan bahawa dia hanya mahu seorang isteri sebagai peneman hidupnya. Katanya keadaan cuaca di Jabal Rahmah juga membuatkan dia tersilap membaca doa. ARTIKEL BERKAITAN: Zul Ariffin teruja jadi ‘superhero’, kagum bakat Sofyank mampu tingkatkan kualiti VFX filem tempatan ARTIKEL BERKAITAN: Ikut trend TikTok, netizen kata Zul Ariffin dah ‘rosak’... Rupanya pertama kali jejak kaki ke Kelantan "Allahumma Zawwijni seorang sahaja (jodoh). "Kadang-kadang apabila berdoa ini pun kita boleh tersasul, mungkin sebab cuaca. "Jom kita doa banyak-banyak tak kira di mana sekali pun," katanya lagi. Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen berharap Zul tidak bermain-main dengan doa yang diminta. Antara komen netizen yang terhibur dengan gelagat Zul. Malah mereka juga berharap Zul mendapatkan seorang pasangan terlebih dahulu sebelum meminta lebih. "Tamak abang Zul ini! cari seorang dulu bang. "Patutlah single sampai sekarang, tak ada yang rela berkongsi. "Tersasul sampai tiga kali itu bang, takut tertunai nanti," antara komen netizen. Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di WhatsApp, Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube TONTON VIDEO PILIHAN!