suria

Air mata Sheqal tumpah, tersentuh ramai sudi hulur bantuan sejak diserang strok

Sheqal tak mampu menahan air mata ketika ditanya pengamal media.

PENYANYI Sheqal tidak dapat menahan air mata apabila mengenangkan banyak pihak sudi memberi bantuan ketika dia berdepan kesukaran dalam hidup.

Sheqal atau Shahrin Salehuddin, 58, hanya mampu meluahkan rasa syukur dengan setiap sumbangan tatkala dirinya tidak lagi mampu bekerja.

“Dulu saya bantu orang lain, sekarang saya terima bantuan. Rasa amat sedih.

WhatsApp Image 2024-11-23 at 18.18.00

Sheqal luangkan masa dengan menulis.

“Sebelum ini saya ada perniagaan menjual kopi, tetapi sejak sakit semua itu sudah tiada.

“Dengan sumbangan ini dapat mengurangkan sedikit beban,” katanya kepada mStar.

Sheqal ditemui ketika Majlis Sumbangsih Prihatin anjuran Yayasan Persatuan Pengimport dan Peniaga Kenderaan Melayu Malaysia (Pekema) yang berlangsung di Kuala Lumpur pada Sabtu.

Majlis tersebut juga mendapat kerjasama Persatuan Karyawan Malaysia (Karyawan) dan Sheqal tersenarai sebagai antara 30 individu penerima sumbangan.

ARTIKEL BERKAITAN: “Merajuk sehari dua saja...” - Kecewa tak berpanjangan, Syamel dah ‘move on’ gagal ke AJL39

ARTIKEL BERKAITAN: Konflik penguat hubungan antara keluarga, ibu Syafiq Yusof rancang percutian ke Eropah

Penyanyi yang popular dengan lagu Cinta Nusantara ini memberitahu dia tidak lagi mampu bekerja sejak diserang penyakit angin ahmar tahun lalu.

Bukan hanya terjejas dari segi perniagaan, Sheqal juga tidak lagi dapat menerima tawaran menyanyi seperti dahulu.

Bagaimanapun minatnya terhadap seni tidak pernah pudar dan kini dia aktif menulis buku tentang agama.

“Menulis adalah cara saya teruskan bidang seni. Saya tulis syair tentang agama dan dibukukan.

Ini cara saya melupakan seketika tentang sakit.

SHEQAL

PENYANYI

“Biasanya saya menulis selepas solat tahajud dan sunat Duha. Ini juga cara saya melupakan seketika tentang sakit,” luahnya.

Tambahnya ada juga dalam kalangan artis datang menziarahnya di Seremban, Negeri Sembilan selepas berita dia sakit mendapat perhatian ramai.

Dalam majlis berkenaan artis lain turut menerima sumbangan adalah Zaiton Sameon, Shuib Freedom, Mariam Ahmad, Norlia Ghani, Ali XPDC, Isma Alif, Shima, Sazali P Ramlee, Shasha Rohaizad, Nas Ahmad, Alfred Ho, Roy, Datuk Jefrydin, Datuk Andre Goh dan Zul Mahat.

Selain itu, yang turut menerima adalah Sathiya, Yus Barat, M Jamil, Sofia Ibrahim, Mak Wan, Dr Sam, Mak Jah, Kieran, Ebby Yus, Harun Hashim, Ruslan Salleh, Murali Abdullah, Zaleha Hamid dan Datuk Sarimah Ahmad.

sheqal

Sheqal sentiasa berfikiran positif.

Setiap penerima mendapat sumbangan wang tunai sebanyak RM5,000.

Sementara itu waris komposer Allahyarham Datuk S Atas yang meninggal dunia pada 16 November lalu turut menerima sumbangan khairat kematian.

Hadir di majlsi berkenaan adalah Pengerusi Yayasan Pekema iaitu Datuk Mohamed Nazari Noordin dan Presiden Karyawan, Datuk Freddie Fernandez.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di WhatsApp, Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain