suria

Penat lelah 4 tahun berbaloi, Sissy Imann muncul satu-satunya graduan berjaya tamat master muzik secara penyelidikan UiTM

Sissy perlukan empat tahun untuk siapkan master.

PENYANYI Sissy Imann meluahkan rasa teruja apabila dia menjadi satu-satunya pelajar yang berjaya menamatkan Ijazah Sarjana dalam bidang muzik di Universiti Teknologi Mara (UiTM) Shah Alam pada Sabtu.

Sissy atau Sissy Imann Mohammad Kamil, 29, berkata tidak ramai pelajar yang mengambil kursus berkenaan secara penyelidikan dan berjaya menamatkan pengajian pada tahun ini.

"Macam pensyarah saya kata kursus penyelidikan muzik ini agak susah sikit nak lepas. Memang jarang pelajar yang berjaya lulus.

sissy 2

Sissy mahu terus berkarya.

"Ada saja rakan yang buat penyelidikan tapi tidak dapat tamat sama seperti saya.

"Bagi saya ini rezeki dan tak sia-sia menunggu selama empat tahun," katanya ketika dihubungi mStar.

Sissy menerima ijazah sarjananya ketika Istiadat Konvokesyen UiTM ke-100 di Dewan Agung Tuanku Canselor, UiTM Shah Alam pada Sabtu.

ARTIKEL BERKAITAN: Sissy Imann sebak program master hampir tamat, harap pendidikan bentuk diri jadi lebih sempurna

ARTIKEL BERKAITAN: Sekarang lebih matang hadap tekanan, rupanya ini cara Sissy Imann luah perasaan

Berkongsi mengenai perancangan selepas ini, Sissy memberitahu dia ingin memberi tumpuan kepada kerjaya seninya.

Kata Sissy sepanjang empat tahun pelbagai tawaran kerja terpaksa ditolak tidak kira dalam nyanyian mahupun lakonan.

"Sebelum ini banyak tawaran saya tolak sebab nak fokus tapi selepas ini saya akan meneruskan kerjaya saya dalam bidang seni.

Saya lebih mahu kumpulkan ilmu dan pengalaman selepas ini,.

SISSY IMANN

PENYANYI

"Macam sebelum ini ada perancangan nak keluarkan lagu, jadi pengacara dalam sebuah rancangan.

"Saya pun ada tolak tawaran berlakon tapi bergantung kepada rezeki ke hadapan nanti. Tapi saya lebih mahu kumpulkan ilmu dan pengalaman selepas ini," ujarnya.

Dalam pada itu, pelantun Namaku Padamu ini juga memberitahu bersedia untuk berkongsi ilmu yang dimiliki dengan anak seni lain.

sissy 1

Ibu bapa bangga dengan kerjayaan Sissy.

"Jika saya mampu Insya-Allah dan kalau seseorang itu memerlukan pengetahuan serta pengalaman saya rasa ia lebih sekadar berkongsi," katanya.

Sementara itu, Sissy memberitahu ibu bapanya menjadi insan paling gembira dengan kerjayaannya itu memandangkan ia merupakan salah satu impian mereka.

Untuk rekod, Sissy juga merupakan bekas graduan Ijazah Sarjana Muda Perguruan dalam bidang Pendidikan Muzik dari Institut Pendidikan Guru (IPG) Ilmu Khas, Cheras, Kuala Lumpur

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di WhatsApp, Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain