SEJAK kisah kepayahan hidupnya dipaparkan kepada umum, penyanyi Shima banyak mendapat mesej di WhatsApp daripada pihak penganjur yang mahu mengundangnya mengadakan persembahan pentas. Bagaimanapun kata Shima atau Ku Nazhatul Shima Ku Kamaruzzaman, 55, dia kecewa apabila tawaran dibuat sekadar janji kosong. Kecewa dengan tindakan tersebut, Shima berharap tiada lagi pihak cuba mempermainkan atau memberi harapan palsu kepadanya selepas ini. Shima kini aktif menghiburkan peminat di TikTok. “Insya-Allah saya masih boleh menyanyi tapi sudah lama tak dapat sebarang tawaran. “Ada juga yang DM (direct message) di TikTok dan WhatsApp kononnya nak beri tawaran tetapi sekadar cakap kosong. “Saya marah apabila ada orang buat begitu. Janganlah beri harapan palsu dengan cara macam itu,” katanya kepada mStar. Shima berkongsi perkara itu ketika ditemui pada Majlis Sumbangsih Prihatin anjuran Yayasan Persatuan Pengimport dan Peniaga Kenderaan Melayu Malaysia (Pekema) yang berlangsung di Kuala Lumpur pada Sabtu. ARTIKEL BERKAITAN: Shima ‘Teringin’ hidap migrain, ada alasan terpaksa tanggal tudung ARTIKEL BERKAITAN: Air mata Sheqal tumpah, tersentuh ramai sudi hulur bantuan sejak diserang strok Majlis tersebut juga mendapat kerjasama Persatuan Karyawan Malaysia (Karyawan) dan Shima tersenarai sebagai antara 30 individu penerima sumbangan. Bercerita mengenai perkembangan terkini, Shima yang popular menerusi lagu Teringin memberitahu dia kini aktif membuat video siaran langsung di TikTok untuk menghiburkan dan berinteraksi dengan pengikutnya. Menerusi cara itu juga kata Shima dia dapat menjana pendapatan bagi menampung perbelanjaan seharian. “Saya anggap ia sebagai pekerjaan dengan menghiburkan pengikut dan daripada situ mereka akan memberikan saya ‘gift’. Janganlah beri harapan palsu dengan cara macam itu SHIMA PENYANYI “Bukan kaya pun sebab saya hanya menyanyi dan tidak menjual produk ketika bersiaran langsung. “Saya mencari rezeki di situ dan Alhamdulillah adakalanya ia membantu menjana pendapatan... Dapatlah saya beli barang keperluan harian termasuk lampin pakai buang,” ujarnya. Berkongsi tentang kesihatannya kini, Shima memberitahy dia masih bergantung kepada ubat-ubatan selain perlu memakai lampai pakai buang disebabkan masalah slip dics selain pundi kencing lemah. "Saya nampak sihat tapi sebenarnya menanggung sakit. Saya ada masalah bronkitis dan slip disc. Shima menerima sumbangan di majlis anjuran Pekema. “Doktor tak sarankan saya buat kerja berat selain pundi kencing lemah dan perlu pakai lampin. "Saya juga sudah berhenti berniaga sejak 2019 disebabkan masalah kesihatan. Doktor sarankan untuk lakukan pembedahan namun saya tidak mahu," jelasnya. Dalam perkembangan lain, selain Shima antara artis lain turut menerima sumbangan daripada Pekema adalah Zaiton Sameon, Shuib Freedom, Mariam Ahmad, Norlia Ghani, Ali XPDC, Sheqal, Isma Alif, Sazali P Ramlee, Shasha Rohaizad, Nas Ahmad, Alfred Ho, Roy, Datuk Jefrydin, Datuk Andre Goh dan Zul Mahat. Selain itu turut menerima sumbangan adalah Sathiya, Yus Barat, M Jamil, Sofia Ibrahim, Mak Wan, Dr Sam, Mak Jah, Kieran, Ebby Yus, Harun Hashim, Ruslan Salleh, Murali Abdullah, Zaleha Hamid dan Datuk Sarimah Ahmad. Setiap menerima mendapat sumbangan wang tunai sebanyak RM5,000. Sementara itu waris komposer Allahyarham Datuk S Atas yang meninggal dunia pada 16 November lalu turut menerima sumbangan khairat kematian. Hadir di majlsi berkenaan adalah Pengerusi Yayasan Pekema iaitu Datuk Mohamed Nazari Noordin dan Presiden Karyawan, Datuk Freddie Fernandez. Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di WhatsApp, Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube TONTON VIDEO PILIHAN!