suria

Lebih selesa dan eksklusif, konsert ‘Aina Abdul Imaji Tour’ naik taraf ‘fully seated’

Aina mahu beri keselesaan kepada peminat.

MAHU memberi keselesaan peminat, konsert Aina Abdul Imaji Tour di Zepp Kuala Lumpur akan dinaik taraf menjadi acara tempat duduk sepenuhnya atau ‘fully seated’ pada 27 Disember ini.

Aina atau Nurul Aina Abdul Ghani, 31, berkata bukan sekadar keselesaan namun pihaknya mahu menimbulkan suasana eksklusif dalam kalangan para peminat yang hadir ke konsert itu nanti.

“Konsep ini lebih dekat dengan jiwa saya selain mahu peminat benar-benar mendengar, merasai dan menghayati setiap lagu yang dibawakan.

Aina mahu lebih menjiwa persembahannya.

Aina mahu lebih menjiwa persembahannya.

“Saya berharap dengan perubahan yang dibuat menambah keterujaan kepada peminat serta penonton untuk menyaksikan persembahan demi persembahan yang bakal ditampilkan,” katanya.

Tidak hanya itu, Aina turut mengumumkan potongan eksklusif sebanyak 30 peratus untuk tiket di semua kategori agar lebih ramai peminatnya dapat hadir ke konsertnya.

Tawaran tersebut termasuk untuk dua lokasi lain yang bakal berlangsung di Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS) pada 14 Disember ini dan Universiti Utara Malaysia (UUM) pada 11 Januari depan.

“Saya berharap tawaran ini akan membuka peluang kepada lebih ramai peminat untuk menyaksikan setiap detik persembahan saya,” katanya.

ARTIKEL BERKAITAN: Menang banyak anugerah bukan tiket Aina Abdul mudah dapat penaja, biaya sendiri konsert cecah belanja ratusan ribu

ARTIKEL BERKAITAN: [V] Aina Abdul tepis gosip bercinta dengan juruvideo peribadi, tiada masa fikir soal hati... Sibuk buat persiapan konsert di 3 lokasi

Harga tiket di Zepp KL dijual bermula dengan RM288 sehingga RM6666 bagi VIP Box.

Manakala untuk harga tiket di UMS dan UUM pula bermula daripada RM100 (CAT 2), RM150 (CAT 1) dan RM180 (IMAJI Zone).

Tiket boleh dibeli di laman rasmi www.ticket2u.com.my atau membuat pembayaran dengan menggunakan sistem Buy Now Pay Later seperti Atome dan SPayLater.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di WhatsApp, Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain

38 maut nahas pesawat di Kazakhstan