SELEPAS hubungan mereka sudah kembali pulih, ibu pengarah Syamsul Yusof iaitu Datin Patimah Ismail sedang merancang percutian keluarga ke Eropah tidak lama lagi. Adik kepada Syamsul yang juga pengarah Syafiq Yusof, 32, berkata, rancangan bercuti itu sebagai mengembalikan rutin sering dilakukan keluarga mereka sebelum ini. "Sudah lama tidak bercuti bersama dan kali terakhir kami sekeluarga ke London sebelum Covid-19 melanda dunia. "Insya-Allah kami merancang nak bercuti beramai-ramai dan mungkin akan ke negara Eropah juga. Biasanya ibu yang akan uruskan semua sebab kami sibuk dengan kerjaya. Patimah (kanan) sebelum ini berkongsi detik gembira Syamsul pulang ke pangkuan keluarga. "Ibu selalunya yang akan cari masa untuk kumpulkan kami semua dan bercuti bersama-sama," katanya kepada mStar. Syafiq berkongsi perkara itu ketika hadir ke majlis perasmian Festival Filem Malaysia ke-33 (FFM33) yang berlangsung di Studio Sound Stage, Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (Finas) dekat Hulu Klang pada malam Jumaat. Sebelum ini kisah keluarga penerbit Datuk Yusof Haslam sering menjadi perhatian ramai apabila Syamsul dikatakan sudah lama tidak pulang bertemu kedua ibu bapanya. ARTIKEL BERKAITAN: Syamsul Yusof akhirnya pulang jumpa ibu bapa, pertemuan turut disertai Puteri Sarah ARTIKEL BERKAITAN: ‘Imaginur’ dan ‘Abang Adik’ ungguli senarai pencalonan Festival Filem Malaysia ke-33 Bagaimanapun segala kemelut yang berlaku terlerai selepas Patimah berkongsi detik gembira Syamsul kembali ke rumah mereka pada September lalu. Tambah Syafiq konflik yang berlaku sebelum ini juga menjadi penguat dalam hubungan mereka sekeluarga. "Semestinya dalam hubungan keluarga jika berlaku pergaduhan akan berbaik semula, itu lumrah. Apa yang berlaku menjadikan kami lebih memahami antara satu sama lain. Apa yang berlaku menjadikan kami lebih memahami antara satu sama lain SYAFIQ YUSOF PENGARAH "Inysa-Allah ini adalah pengakhiran yang terbaik. Saya juga selalu berjumpa abang. Kali terakhir kami bertemu ketika ibu masak untuk kami makan bersama baru-baru ini," ceritanya. Bercakap tentang FFM33 yang bekal berlangsung pada 7 Disember ini, Syafiq menganggap pencalonan dalam kategori Pengarah Terbaik menerusi filem Sherif merupakan satu pengiktirafan besar buat hasil kerjanya. "Selepas menang katergori Pengarah Harapan (FFM25), saya banyak kali tercalon namun tidak pernah menang. Bapa saya sentiasa iangatkan jangan merasa sakit hati kalau tak menang. Syafiq berbangga tersenarai sebagai calon Pengarah Terbaik FFM33. "Apa yang penting adalah saya sentiasa boleh buat filem. Persaingan tahun ini juga sangat hebat. Saya bangga kalau siapa pun yang menang sebab mereka sudah hasilkan karya hebat," jelasnya. Bagi kategori berikut Syafiq bersaing dengan Nik Amir Mustapha (Imaginur), Tunku Mona Riza (Raintown), Nizam Razak (Mechamato Muzik) dan Sabri Yunus (Duan Nago Bogho). Selain Pengarah Terbaik, Sherif juga tercalon dalam kategori Rekaan Kostum/Busana Terbaik, Kesan Khas Visual Terbaik, Penyunting Terbaik, Sinematografi Terbaik, Pelakon Pembantu Lelaki Terbaik (Syafiq Kyle), Pelakon Pembantu Wanita Terbaik (Elizabeth Tan) termasuk Filem Terbaik. Malam kemuncak FFM33 bakal berlangsung di Auditorium Seri Angkasa, Kota Media di Angkasapuri Kuala Lumpur dan disiarkan secara langsung menerusi RTM TV2 pada pukul 9 malam. Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube TONTON VIDEO PILIHAN!