suria

“Merajuk sehari dua saja...” - Kecewa tak berpanjangan, Syamel dah ‘move on’ gagal ke AJL39

Syamel menaruh harapan untuk ke pentas AJL39.

GAGAL mara ke pentas Anugerah Juara Lagu ke-39 (AJL39) tidak mematahkan semangat penyanyi Syamel untuk terus berkarya dan menghasilkan karya lebih baik di masa akan datang.

Biarpun kecewa dan sedih namun bagi Syamel atau Syameel Aqmal bin Mohd Fodzly, 31, dia tetap akan terus bertanding di pentas AJL sekiranya diberi peluang.

"Sedih dan hampa itu mesti ada sebab saya menaruh harapan tetapi saya beri ruang untuk perasaan itu tidak lama. Saya dah move on dan akan terus berkarja.

syamel 1

Syamel akur rezeki tidak berpihak padanya untuk mara ke AJL39.

"Merajuk pun hanya dalam sehari dua saja sebab ketika itu macam-macam perasaan keluar dan ada rasa macam tidak mahu bertanding lagi.

"Tetapi pentas itu yang menaikkan nama saya, jadi tak mungkin saya berbuat begitu," katanya kepada mStar.

Syamel berkongsi perkara itu ketika ditemui selepas dia membuat persembahan di majlis perasmian Festival Filem Malaysia ke-33 (FFM33) yang berlangsung pada malam Jumaat.

ARTIKEL BERKAITAN: Saingan vokal Aina Abdul, Marsha, Ernie dan Nadeera... Ini 10 lagu layak ke AJL39

ARTIKEL BERKAITAN: Banyak lagu ‘Gen Z’ gagal ke AJL39, tiada daya saing tinggi punca terkandas

Lagu gubahannya berjudul Belakang Tabir gagal tersenarai dalam 10 lagu terbaik yang bakal bersaing di AJL39 nanti selepas berentap di Semi Final Muzik-Muzik ke-39 (SFMM39) pada 15 November lalu.

Bagi Syamel juga di sebalik kekecewaan itu, dia sentiasa memandang daripada sudut positif apabila orang mula mengenali lagu berkenaan.

"Bukan hanya kegagalan tapi ada juga benda positif yang wujud apabila ramai mula mengenali lagu Belakang Tabir. Ia sangat mengubat hati saya yang sedih.

Lagu ini sangat subjektif. Mungkin besar bagi kita, namun sekadar biasa bagi orang lain

SYAMEL

PENYANYI

"Saya sentiasa berpegang pada perasaan gembira apabila lagu itu dilancarkan sebelum ini mendapat kritikan ramai. Itu yang saya bayangkan," ujarnya.

Tambah penyanyi ini dia juga amat berbesar hati apabila ramai memberi sokongan selain menganggap Belakang Tabir sebagai sebuah lagu berkualiti dan seharusnya layak ke AJL39.

Malah Syamel juga mendapat kata-kata semangat Edry Abdul Halim yang bertindak sebagai ketua juri pada persaingan SFMM39.

syamel 2

Sokongan pelbagai pihak menjadi pembakar semangat Syamel.

"Lagu ini sangat subjektif. Mungkin besar bagi kita, namun sekadar biasa bagi orang lain. Terima kasih ada sokongan yang telah diberikan ramai.

"Selepas keputusan diumumkan Edry sendiri ada memberi kata-kata semangat dan nasihat. Ini semua adalah rezeki dan tiada apa yang boleh diubah kerana sudah tertulis," jelasnya.

10 lagu yang bakal berentap adalah Diam oleh Hael Husaini, Puas Sudah (Aina Abdul), Hening Rindu (Marsha Milan), Aura (Ernie Zakri) dan Terus Bersinar (Hafiz Suip).

Selain itu, turut ke AJL39 adalah lagu Pujaanku oleh Masdo feat. Aisyah Aziz, Risiko (Benzooloo, Tuju & MK K-Clique), Sengaja (Amir Masdi), Saksama (Akim And The Majistret) dan Bukan Lagi Kita (Nadeera).

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain