suria

Pertama kali tunai umrah, Ajai terlalu teruja tapi timbul rasa takut

Ajai bakal berangkat ke Tanah Suci pada Januari depan.

BAKAL menunaikan umrah buat kali pertama, penyanyi dan komposer Ajai berkongsi kebimbangan sekiranya melakukan kesalahan sewaktu melakukan ibadah berkenaan.

Ajai atau Mohd Faizal Maas, 50, berkata dia risau memikirkan mengenai segala larangan dan syarat yang perlu diambil kira bagi memastikan ibadah itu sah.

"Bila saya dapat tahu peluang menunaikan ibadah umrah, saya rasa gembira dan dalam masa yang sama takut.

ajai2 - 1

Ajai terlalu memikirkan kesempurnaan untuk melakukan ibadah umrah.

"Apa yang mutawif beritahu, sewaktu dalam ihram rambut tak boleh gugur dan macam-macam yang kita kena jaga supaya ibadah itu sah.

"Itu yang saya takut kalau kita tak perasan. Memang kita boleh bayar dam (denda), tapi kalau kesalahan yang kita tak perasan?” katanya kepada mStar.

Dalam pada itu, Ajai memberitahu perasaan bimbang itu hadir mungkin disebabkan dia mahu mendapat kesempurnaan.

ARTIKEL BERKAITAN: [V] Ajai jaga hubungan baik dengan Exists, tiada isu sejak keluar kumpulan... “Selalunya pecah belah berpunca kewangan”

ARTIKEL BERKAITAN: Nyanyian boleh diperbaiki, Ajai minta Fazura guna peluang dikelilingi individu profesional ‘upgrade’ vokal

Kata Ajai, dia bukan tidak berasa yakin untuk menyempurnakan ibadah tersebut tetapi risau jika melanggar syarat sepanjang di dalam ihram.

"Perasaan takut itu hadir kerana kita semua niat nak buat yang terbaik ketika umrah tetapi kita tahu mungkin kita tak dapat nak capai. Jadi apa yang termampu sahaja.

"Syarat lainnya juga tak boleh memakai wangi-wangian. Perkara-perkara itu yang saya takut sekiranya melakukan kesalahan ini.

Sewaktu dalam ihram rambut tak boleh gugur dan macam-macam yang kita kena jaga supaya ibadah itu sah.

AJAI

PENYANYI/KOMPOSER

"Kalau cakap fasal yakin memang saya yakin cuma takut sekiranya melakukan larangan yang membuatkan ibadah itu menjadi tidak sah," ujarnya.

Dalam perkembangan lain, Ajai dan anggota kumpulan Exists termasuk Ezad Lazim (vokalis), Along (gitar utama), Musa Radhi (pemain bass) dan Ujang (pemain dram) bakal menunaikan umrah atas tajaan syarikat Darmina Revolution pada 22 Januari depan.

ajai1 - 1

Ajai (tengah) dan Exists bakal menunaikan umrah pada Januari depan.

Kata Ajai, mereka akan mengerjakan umrah itu bersama peminat yang turut serta dalam rombongan berkenaan.

"Saya ada dua tanggungjawab di Tanah Suci nanti. Satu amanah untuk menunaikan umrah. Keduanya, saya perlu menggalas amanah daripada pihak penganjur untuk bersama-sama jemaah (peminat). Kami tidak boleh buat seperti kami (Exists) pergi tunai umrah sendiri.

"Tak semestinya kamu berduit boleh sampai ke Tanah Suci. Kami tidak terfikir yang selama ini akan ada orang lain bersedekah (tajaan) tapi ini semua kerja Allah," katanya.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain