VOKALIS Caliph Buskers iaitu Azmi Saat tidak pernah terfikir menggunakan kekurangan diri untuk meminta sedekah demi meneruskan kelangsungan hidup. Azmi atau Khairul Azmi Muhammad Saat, 37, berkata dia sangup melakukan apa sahaja pekerjaan asalkan dia tidak membebankan orang lain. "Kalau saya cakap ini, ia agak berat juga takut mengguris hati rakan-rakan saya yang lain. Azmi berkongsi perkara itu menerusi sesi temu bual Dol's Podcast. "Saya memang akan elakkan (minta sedekah). Kalau saya susah macam mana pun, saya akan cari juga apa yang saya boleh buat," katanya. Azmi berkongsi perkara itu menerusi sesi temu bual Dol's Podcast bersama pelawak Shuib, Syuk dan Fizie. Selain menjadi punca rezeki, Azmi menyifatkan kerjayanya dalam bidang seni merupakan salah satu bentuk pertolongan kepada orang lain. ARTIKEL BERKAITAN: Azmi masih belum berhubung dengan Fendy sejak keluar Caliph Busker, anggap dugaan dalam kerjaya seni ARTIKEL BERKAITAN: Isteri Azmi Saat selamat bersalin anak perempuan, sepakat beri nama Khalisa Insyirah "Sebenarnya saya percaya yang kena bantu orang lain untuk kita dapat duit. Macam saya main muzik sekarang sebenarnya untuk bantu orang lain hilangkan stres," ujarnya. Sementara itu, vokalis itu turut memberitahu dia terbuka untuk mendalami ilmu atau kemahiran baru seperti yang dilakukan manusia normal lain. Jelasnya, kekurangan yang dimiliki tidak sepatutnya dijadikan alasan buat diri untuk menjadi seorang berdikari. Azmi tak mengaggap kerjaya seninya sebagai salah satu pertolongan kepada orang lain. "Kita kena fikir apa yang saya boleh buat, sebab itu saya suka belajar apa-apa berkaitan kemahiran. "Misalnya kat rumah kalau lampu rosak. Sekiranya saya boleh pasang mentol itu saya akan cuba buat sendiri. "Dulu saya pernah beli sofa, saya cuba pasang sendiri dan ia menjadi. Saya suka usahakan sendiri sebab ia buatkan saya lebih berdikari," ujarnya. Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube TONTON VIDEO PILIHAN!