USAHAWAN sensasi Ahmad Iqbal Zulkefli tidak gentar berdepan saman sebanyak RM5 juta yang difailkan oleh bekas adik iparnya iaitu Anes Ayunie di mahkamah. Sebaliknya kata Iqbal, 30, dia akan hadir ke mahkamah bagi sebutan kes tersebut pada 25 November ini bagi menyelesaikan kemelut di antara mereka mengikut undang-undang. "Saya baru terima surat saman daripada Ayunie... Saya akan hadir ke mahkamah pada 25 November ini sebab saya berani dan tidak akan melarikan diri. Iqbal sedia lawan Ayunie di mahkamah. "Jadi tak perlu 'menjerit' di media sosial sebab kalau saya lari pun, sudah tentu saya akan dikenakan tindakan," katanya kepada mStar. Dalam pada itu, Iqbal menjelaskan dia bukan mahu masuk campur hal rumah tangga adik lelakinya iaitu Ahmad Weldan Zulkefli dengan Ayunie. Sebaliknya dia bersuara kerana sudah setahun menahan sabar dengan pelbagai fitnah dan tohmahan yang dilemparkan Ayunie terhadap adik lelaki dan dirinya. ARTIKEL BERKAITAN: Enggan panjangkan kemelut, bekas adik ipar saman Iqbal Zulkefli RM5 juta... “Kalau tak fitnah tampil di mahkamah” ARTIKEL BERKAITAN: Bukan gertak nak saman bekas adik ipar, Iqbal Zulkefli tunjuk bukti jumpa peguam Sebagai abang kata Iqbal, dia tidak sanggup melihat adik lelaki kesayangannya difitnah sehingga menjejaskan kesihatan dan kehidupan sehariannya. "Mereka yang tidak tahu cerita mungkin anggap saya masuk campur urusan rumah tangga orang padahal sudah setahun saya sabar menahan makiannya terhadap saya. "Saya bukan nak bela adik sendiri sebab benda yang salah tetap salah. Cuma pada saya jangan khianati orang dan sebagai abang takkan saya nak diam bila darah daging saya difitnah?," jelasnya. Saya rela mati untuk perjuangkan hak orang yang saya sayang. AHMAD IQBAL ZULKEFLI USAHAWAN Tidak akan membiarkan Weldan ditindas, Iqbal memberitahu dia lebih sanggup mati demi memperjuang dan mempertahankan keluarganya. “Satu sahaja motif saya, hingga ke titisan darah sekalipun saya akan pertahankan adik saya. “Saya rela mati untuk perjuangkan hak orang yang saya sayang. “Jangan sesekali khianat orang dengan cara memfitnah untuk menampakkan diri kita baik,” ujarnya. Iqbal tak sanggup lihat adiknya difitnah. Menerusi temu bual bersama mStar pada Selasa lalu, Ayunie atau Anes Alunie Osman, 22, memfailkan saman terhadap Iqbal selepas mendakwa usahawan itu memfitnah dan membuat tohmahan yang mencemarkan maruah diri serta perniagaan diusahakan. Kemelut di antara kedua-dua mereka bermula apabila Iqbal dan Aynie saling tuduh menuduh menerusi TikTok sehingga mencetuskan pelbagai perbalahan. Untuk rekod Ayunie adan Weldan mendirikan rumah tangga pada 29 Februari 2021 namun mereka bercerai pada November 2023. Hasil perkahwinan tersebut, mereka dikurniakan seorang cahaya mata perempuan bernama Aurellea Maryam yang kini berusia 2 tahun. Tiga bulan selepas cerai, Ayunie bertemu jodoh dengan usahawan Amirul Hakim dan kini sedang berbadan dua. Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube