SESUAI dengan statusnya sebagai seorang suami, pelakon Syafie Naswip tahu meletakkan batas dalam pergaulan terutama terhadap golongan wanita. Kata Syafie atau Muhammad Syafie Naswip, 32, meskipun tiada syarat diletakkan isteri iaitu Nur Afiqah Ishak namun dia tidak mahu tingkah-lakunya boleh mengguris hati wanita berkenaan. Termasuk juga dalam lakonan, Syafie merasakan tidak sesuai untuk dia melakukan aksi keterlaluan. Syafie juga tahu untuk elak melakukan babak keterlaluan dalam lakonan. "Ada perkara saya buat dahulu sekarang dah tak boleh. Isteri tidak meletakkan sebarang syarat cuma saya sendiri meletakkan batas. Jika jumpa wanita lain, cukuplah bersalaman dan tak lagi berpelukan. "Jika dalam drama kena ikut situasi. Jika pegang untuk keperluan mungkin tiada masalah tetapi jika babak ke arah keterlaluan perlu gunakan teknik kamera yang betul," katanya. Syafie berkongsi perkara itu ketika ditemui pada tayangan filem terbaharu lakonannya berjudul Tegkang yang berlangsung di GSC Starling Mall, Petaling Jaya pada malam Khamis. ARTIKEL BERKAITAN: “Kalau lekat, lekatlah” - Syafie Naswip berserah soal anak, murah rezeki selepas kahwin ARTIKEL BERKAITAN: Banyak pokok mati, kebun kecil Syafie Naswip sudah tiada... Pasang impian buka nurseri dengan isteri Dalam pada itu, Syafie bersyukur semakin mendapat banyak tawaran berlakon filem selepas bergelar suami Afiqah pada 23 Disember tahun lalu. Kata Syafie, tahun ini sahaja dia sudah pun menyelesaikan penggambaran empat buah filem dan menganggap ia sebagai rezeki. "Biasanya saya akan buat satu atau dua sahaja filem dalam tempoh setahun tetapi tahun ini sya sudah pun menjalani empat penggambaran filem. Alhamdulillah rezeki selepas berkahwin. Jika jumpa wanita lain, cukuplah bersalaman dan tak lagi berpelukan SYAFIE NASWIP PELAKON "Saya akan terima apa sahaja rezeki asalkan dapat skrip dan pengarah yang bagus," ujarnya. Sementara itu, bercakap tentang filem Tegkang, Syafie diberi peluang berlakon dengan beberapa pendatang baharu yang ada di antara mereka pertama kali beraksi di hadapan kamera. Walaupun sudah berpengalaman namun kata Syafie itu bukan alasan dia mendabik dada atau berasa hebat di set penggambaran. Syafie bersama barisan pelakon dan pengarah Tegkang. "Mereka tahu saya seorang pelakon namun saya minta mereka jangan fikir tentangnya sebab nanti saya pun akan terganggu. "Saya tak mahu timbul siapa lebih bagus atau tidak dan biar sama-sama bermula daripada bawah. Saya pun banyak belajar perkara baru daripada mereka," katanya. Selain Syafie filem ini menampilkan beberapa watak utama yang merupakan pelakon asal kaum Kelabit dari Sarawak seperti Hezekiah Asim, Pun Ratu Aran dan Lian Tarawe. Filem araha Josh Nawan ini mengetengahkan keindahan daerah Bario di Sarawak selain keunikan budaya kaum Kelabit di sana. Tegkang yang bermasuk pelangi dalam bahasa Kelabit akan mula ditayangkan pada 28 November 2024. Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube TONTON VIDEO PILIHAN!