suria

Anzalna Nasir tak percaya pembantu rumah, jaga sendiri anak-anak sejak mereka lahir - “Terlepas ‘job’ beratus ribu pun tidak mengapa”

Anzalna sangup korbankan kerjaya demi menjaga anak-anak.

PELAKON Anzalna Nasir tidak akan menyerahkan tugas menjaga anak-anaknya kepada pembantu rumah kerana bimbang dengan kes kecuaian dan penderaan.

Anzalna atau Nur Anzalna Md Nasir, 36, berkata, dia sanggup mengasuh anaknya sendiri tanpa bantuan pembantu meskipun terpaksa mengorbankan kerjaya sebagai pelakon.

"Bab pembantu rumah ini saya memang tak boleh sebab banyak sangat kes. Saya bukanlah seorang ibu yang sempurna tapi saya sanggup korbankan kerja demi anak-anak.

Copy of Untitled (45)

Anzalna mengulas perkara itu menerusi hantaran di InstaStory.

"Daripada mereka lahir sampailah sekarang, tak pernah sekali pun saya tinggalkan mereka bersendirian dengan pembantu rumah.

"Walaupun terlepas 'job' beratus ribu pun tidak mengapa sebab paling penting anak-anak di bawah jagaan saya sendiri," katanya.

Anzalna berkongsi perkara itu susulan video memaparkan pembantu rumah personaliti media sosial iaitu Dr Say didakwa melakukan kekerasan terhadap anaknya.

ARTIKEL BERKAITAN: Sikap anak sulung sejukkan hati Anzalna, Eidress selalu beri duit untuk ‘shopping’

ARTIKEL BERKAITAN: Tak harap duit suami, Anzalna Nasir berhabis demi anak guna wang sendiri

Dalam pada itu, Anzalna memberitahu dia lebih selesa meminta bantuan ahli keluarganya untuk menjaga anak-anaknya jika keadaan mendesak.

Jelasnya, dia langsung tidak mempercayai kehadiran pembantu rumah walaupun mereka kelihatan baik dan tidak membuat sebarang masalah.

"Saya batalkan segalanya jika tiada keluarga yang boleh tengok-tengokkan mereka.

"Saya tak akan tinggalkan anak-anak saya dengan maid, saya tak percayakan mereka walau baik macam mana pun," ujarnya.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain