suria

Ameerais hadiah ‘Selalu’ untuk peminat, sudah lebih 10 tahun dalam industri

Ameer tampil dengan buah tangan terbaharu buat peminat yang merindui nyanyiannya.

LEBIH sedekad dalam industri, penyanyi Ameerais menghadiahkan peminatnya dengan single terbaharu berjudul Selalu.

Dalam keterujaan, Ameer atau Mohamad Arif Ameerais Azhar, 34, menyifatkan karya kali ini berbeza dengan lagu yang pernah dinyanyikan memandangkan genre diketengahkan kedengaran lebih segar.

"Lagu ini agak berbeza dari lagu-lagu rock yang biasa saya bawa.

"Selalu lebih kepada Pop Melayu, yang lebih segar dan relevan dengan industri muzik masa kini dengan sentuhan R&B yang santai," katanya.

Copy of Untitled (43)

Selalu turut dipilih menjadi runut bunyi (OST) drama Dhia Kasyrani.

Dalam pada itu, Ameerais memberitahu dia telah mencurahkan segala emosi dan perasan ketika pembikinan lagu berkenaan.

Justeru itu, dia berharap peminat dapat menerima baik dan merasai pengalaman indah saat mendengarkan karya tersebut.

"Saya berusaha sebaik mungkin untuk menyampaikan lagu ini dengan penuh jiwa.

"Saya berharap Selalu akan diterima positif oleh para peminat dan menjadi salah satu lagu yang dekat dalam hati mereka," ujarnya.

ARTIKEL BERKAITAN: Rasa lebih bebas, Ameer (Forteen) ada rancangan gerak solo

ARTIKEL BERKAITAN: Tahniah! Ameer (Forteen) dah jadi bapa, namakan anak sulung Noah Eusoff

Selalu merupakan lagu hasil ciptaan bersama Mas Dewangga, Ezra Kairo dan Amir Hassan dan terbitan Alternate Records.

Lagu berkenaan sudah pun menemui pendengar di semua platform pentstriman muzik sejak 15 November lalu.

Bukan itu sahaja, Selalu turut menjadi runut bunyi (OST) untuk drama Dhia Kasyrani di Akasia TV3, bakal menemui penonton bermula 22 November ini.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain