suria

Hebat! Pelajar Malaysia harumkan nama negara menerusi nyanyian, menang dua emas di Sepanyol

Vocal Pizzest dari Sekolah Cempaka memenangi dua emas di The Worlf Choral Cup di Sepanyol.

SIAPA sangka bakat pelajar dari Sekolah Antarabangsa Cempaka Bukit Damansara dan Sekolah Cempaka Cheras mendapat perhatian di luar negara sehingga berjaya merangkul dua Anugerah Emas dalam pertandingan koir 'Sing For Gold' yang berlangsung di Calella dan Barcelona, Sepanyol pada Oktober lalu.

Seramai 18 pelajar dari kumpulan Vocal Pizzest gabungan dua sekolah itu merangkul anugerah emas bagi kategori Koir Kanak-Kanak dan kategori Pop, Jazz & Gospel.

Peserta terdiri daripada pelajar berusia 8 hingga 14 tahun dan merupakan kumpulan paling muda dari Malaysia yang bertanding mewakili Asia Tenggara.

koir2 - 1

Peserta Vocal Pizzest menggayakan pakaian tradisional yang menarik perhatian ramai.

Menurut salah seorang peserta yang dikenali sebagai Mawar Mikaila Omar Mustapha, kemenangan ini merupakan satu kejutan kerana persaingan sengit yang ditunjukkan oleh 51 kumpulan koir yang mewakili 33 buah negara termasuk Amerika Syarikat, Mexico, Korea Selatan, Finland, Itali, Jerman, Sweden dan Denmark.

Kata Mawar, kemenangan yang diraih adalah pengalaman yang bermakna dan hadiah buat masyarakat Malaysia.

"Kejutan buat kami di atas segala pengorbanan yang dilakukan dan bukan mudah untuk memenangi pingat emas kerana saingan diberikan sangat sengit.

ARTIKEL BERKAITAN: Sisi lucu M. Nasir buat konsert ‘Gendang Pati’ istimewa, kumpulan koir Sam Tet Voice curi perhatian penonton

ARTIKEL BERKAITAN: Koir Kebangsaan Malaysia Tampil Dengan Konsert Rock

"Kemenangan ini amat bermakna bagi kami dan pastinya hadiah untuk semua rakyat Malaysia," katanya.

Menerusi pertandingan kategori Koir Kanak-Kanak, Vocal Pizzest Malaysia menyanyikan lagu dari Lagu Rakyat Malaysia dan rangkaian lagu-lagu medley dari CPAC Muzikal, Alice's Wonderland yang di cipta oleh komposer Nick Choo, pemenang BOH Cameronian Arts Awards.

Suara peserta dari Malaysia ini bergema di Konservatori Muzik Liceu Barcelona, menyanyikan lagu klasik Malaysia, Wau Bulan, Lenggang Kangkung, Rasa Sayang, Sayang Kinabalu dan Chan Ma Li Chan disertakan dengan koreografi tarian melayu yang sopan memukau mata yang memandang.

Peserta Vocal Pizzest bersama ibu bapa yang sentiasa memberikan semangat untuk mencapai kemenangan di The World Choral Cup.

Peserta Vocal Pizzest bersama ibu bapa yang sentiasa memberikan semangat dan sokongan.

Manakala untuk kategori Pop, Jazz & Gospel, Vocal Pizzest Malaysia mempersembahkan lagu-lagu daripada “Spooks” ciptaan Nick.

Koreografi yang mantap dan nyanyian medley yang harmoni mencuri hati penonton dan juri ketika mereka menyanyikan lagu-lagu Spooks Medley.

'Sing For Gold' dianjurkan oleh Interkultur memperlihatkan peserta yang bertanding berumur dari 8 hingga 14 tahun.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain