TIDAK berdiam diri, penyanyi Aisha Retno tampil menjawab kenyataan dikeluarkan penganjur konsert Kharisma Music Interational semasa sidang media pembatalan Konsert Aisha Retno Malam Sutera pada Khamis lalu. Aisha atau Sharifah Aisha Retno Sayed Sipulijam, 24, yakin kebenaran akan berpihak kepadanya memandangkan dia mempunyai bukti kukuh dianiaya penganjur konsert yang juga merupakan penyanyi Yuka Kharisma. "Buat masa sekarang saya nak fokus dengan kerjaya dan lagu-lagu yang akan keluar hujung tahun ini. Aisha mengulas perkara itu menerusi hantaran di InstaStory pada Khamis. "Lebih banyak bukti akan ditunjukkan and keadilan akan terungkai, insya-Allah," katanya menerusi hantaran di Instagram. Dalam pada itu, Aisha memberitahu dia terbuka hati memaafkan penganjur atas apa yang berlaku. "Adakah saya akan maafkan dia? Ya, sebab saya tahu dia ada hati yang baik tapi saya tak pasti ibu bapa dan keluarga saya akan buat perkara sama. "Rakan-rakan dan kenalan yang pernah dianiaya maafkan dia? Hanya Padang Mahsyar yang boleh menjawab," jelasnya. ARTIKEL BERKAITAN: Penganjur perjelas isu batal konsert, Aisha Retno diminta lunas hutang RM77,000 ARTIKEL BERKAITAN: Aisha Retno anggap penganjur tidak profesional, tiada perbincangan sebelum umum batal konsert Dalam hantaran yang sama, Aisha sempat menitipkan doa agar Yuka berjaya dalam kerjaya serta penganjuran konsert oleh syarikatnya pada masa akan datang. Malah, dia mengingatkan Yuka agar mengambil iktibar atas apa berlaku agar perkara yang sama tidak akan berulang kembali. "Saya doakan yang terbaik buat dia (Yuka) dan konsert-konsert yang bakal dianjurkannya nanti. Saya harap dia dapat jadi penyanyi yang berjaya satu hari nanti tanpa perlu menumpang populariti orang lain. "Saya doakan dia dapat gunakan bakat dia untuk bikin konsert sendiri satu hari nanti. Semoga dia boleh merancang promosi konsert sendiri tanpa perlu menyalahkan orang lain. Aisha meluahkan rasa kesal dengan sikap tidak profesional Yuka susulan pembatalan konsert. "Paling penting saya harap dia tahu peraturan berkomunikasi dengan orang lain sebelum melulu membuat keputusan tanpa memberitahu produk," kongsinya. Sebelum ini, Yuka tampil menjawab tuduhan Aisha kononnya penyanyi itu tidak dimaklumkan mengenai sebarang perkembangan atau pembatalan konsert. Malah Yuka turut mendedahkan penyanyi itu ada berhutang sebanyak RM83,000 bagi menjayakan persembahan di Anugerah Juara Lagu ke-38 (AJL) pada Mac lalu. Pada 9 November lalu, Kharisma Music International menerusi Instagram mengumumkan pembatalan Konsert Aisha Retno Malam Sutera yang diajadualkan berlangsung pada 16 November di Zepp Kuala Lumpur kerana jualan tiket rendah. Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube TONTON VIDEO PILIHAN!