IMPIAN usahawan Datin Seri Nur Shahida memiliki kereta jenama Mercedes-Benz GLC 300 akhirnya tercapai apabila suaminya iaitu Datuk Seri Aliff Syukri menghadiahkan kenderaan tersebut kepadanya pada Khamis. Aliff atau Aliff Syukri Kamarzaman, 37, menghadiahkan kereta dianggarkan berharga RM400,000 itu sebagai menghargai usaha keras Shahida melakukan video siaran langsung di media sosial setiap hari bagi mempromosikan produk keluaran syarikat mereka. Gembira dengan hadiah tersebut, Shahida, 39, berkata, dia sudah lama mengimpikan kereta tersebut dan kenderaan itu lebih selesa berbanding kenderaan lamanya. Shahida menerima kejutan daripada Aliff (kiri). "Allahu, Alhamdulillah saya bersyukur sangat dapat kereta baru hadiah daripada Aliff. Katanya hasil kerja keras buat 'live' setiap hari tanpa jemu. "Kereta idaman yang saya sudah lama impikan. Agak luas sikit berbanding kereta lama, anak pula makin membesar," katanya. Shahida berkongsi perkara itu menerusi sebuah hantaran yang dimuat naik di Instagram miliknya. ARTIKEL BERKAITAN: Rumah tangga pernah bergelora tapi jodoh Shahida dan Aliff Syukri masih panjang... “Berpisah bukan tanda berakhirnya hidup” ARTIKEL BERKAITAN: Sakan menari lagu ‘Bye Bye Bye’, anak lelaki nampaknya ikut jejak Aliff Syukri - “Tak perlu ujian DNA” Dalam perkongsian tersebut, Shahida turut memuat naik sebuah video memaparkan momen kejutan yang dilakukan oleh Aliff dan pekerja mereka. Jelas Shahida, dia sebenarnya sudah mengetahui Aliff bakal menghadiahkan kereta baharu tetapi tidak menyangka suaminya itu membuat kejutan penyerahan kenderaan itu di pejabat. "Sebenarnya saya memang dah tahu nak beli kereta baru sebab dia (suami) selalu tunjuk brochure kepada saya tetapi tidak tahu pula kereta sampai hari ini. "Alhamdulillah rupanya ada kejutan. Apa juga yang kami beli hari ini sebenarnya hasil titik peluh bersama dengan kerja keras pekerja semua. Shahida berkongsi kegembiraan menerima hadiah kereta mewah pemberian suami. "Terima kasih juga yang selalu menyokong produk-produk keluaran kami," ujarnya. Untuk rekod, Aliff dan Shahida mendirikan rumah tangga pada Ogos 2007. Hasil perkahwinan itu mereka dikurniakan enam cahaya mata iaitu Ammar Ahyan, Qadejah El Zahra, Ibraheem Adham, Yusof Al Qardawi, Raudah Arshiyah dan Luqman Al-Hakim. Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube TONTON VIDEO PILIHAN!