PELAKON Arje Lee meluahkan rasa gembira apabila diterima menyambung pengajian ke peringkat Doktor Falsafah dalam bidang Drama dan Teater di Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI), Perak. Arja atau Azharudin Ramli, 41, berkata dia sememangnya menyimpan impian gelaran doktor falsafah sejak berjaya menamatkan ijazah sarjana dalam bidang sama. "Sebenarnya saya memang janji pada diri sendiri untuk sambung ke pengajian lebih tinggi iaitu doktor falsafah. Arja teruja dalam mengejar impian. "Saya memang nak kejar gelaran Dr Arja itu, sebab bagi saya seni persembahan budaya dan warisan di Malaysia ini adalah dunia saya. "Saya pun nak sumbangkan apa saya ada kepada pembangunan seni dan budaya. Semalam (Sabtu) merupakan hari pertama saya lapor diri dan bertemu penyelia saya. "Saya rasa ini perkara baik boleh dikongsikan kepada orang ramai," katanya ketika dihubungi mStar. ARTIKEL BERKAITAN: Arja Lee sudah jatuh hati, idam karya ciptaan Aina Abdul - “Tidak kira berapa dia caj, saya sanggup” ARTIKEL BERKAITAN: Arja Lee kini pensyarah universiti, sudah tak minat dunia glamor dan lebih tenang menetap di Kelantan Berkongsi lebih lanjut, Arja berkata dia bakal berulang alik dari Kota Bharu, Kelantan ke Kuala Lumpur setiap bulan untuk melaksanakan tugasnya sebagai pelajar. Arja berkata dia tidak terbeban dengan perkara itu memandangkan dia perlu melakukan beberapa perkara lain di ibu kota. "Saya rancang dalam sebulan sekali saya akan bertemu penyelia saya kira-kira 36 kali setahun. Saya sangat bersedia untuk mulakan perjalanan ini. ARJA LEE PELAKON "Tapi itu sekadar rancangan kerana pengajian ini juga boleh dilakukan di dalam talian juga," ujarnya. Dalam pada itu, Arja berkata dia bersedia berdepan dengan pelbagai cabaran dalam mengejar impiannya dan cuba menyelesaikan pengajian dalam tempoh tiga tahun. Katanya, dia tidak terlalu memikirkan kesukaran yang bakal dilalui sebaliknya mahu menikmati proses mencapai kerjayaan itu. Malah dia juga mendapat kata-kata semangat daripada rakan artis lain yang tumpang gembira melihat kerjayaanya. Arja sudah bersedia dengan cabaran. "Kursus ini saya ambil sepenuh masa tapi saya fokus kepada kerjaya dan tidak mahu fikir tentang prosesnya. "Bagi saya tidak susah sebab saya sangat bersedia untuk mulakan perjalanan ini terutama kajian yang saya buat juga sangat dekat dengan diri saya dan ia memudahkan," katanya lagi. Untuk rekod, Arja merupakan seorang pensyarah di Universiti Kelantan Malaysia (UMK) sejak tahun 2022. Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di WhatsApp, Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube TONTON VIDEO PILIHAN!