PELAKON veteran Datuk Rosnani Jamil terkilan tidak dapat bertemu rakan baiknya iaitu Allahyarham Tan Sri Ahmad Nawab yang meninggal dunia pada petang Ahad buat kali terakhir. Rosnani, 88, berkata, anaknya sering mengajaknya menziarahi Allahyarham namun hasrat itu sering tertunda. “Anak saya selalu ajak ziarah arwah sebelum ini tapi saya kata nantilah... Sudahnya langsung tak berjumpa. Rosnani tidak mampu menahan air mata kesedihan. “Sejak isteri arwah meninggal dunia saya tak pernah melawatnya sehingga mendapat berita Ahmad Nawab sudah tiada,” katanya kepada mStar. Rosnani berkongsi perkara itu ketika ditemui di kediaman Allahyarham di Gombak, Selangor pada malam Ahad. Cerita kenangan bersama Ahmad Nawab, Rosnani memberitahu tokoh muzik legenda itu sering akan meminta dia memasak untuknya. ARTIKEL BERKAITAN: Tokoh muzik legenda Ahmad Nawab meninggal dunia pada usia 92 tahun ARTIKEL BERKAITAN: Ahmad Nawab pernah pulangkan semula duit RM22,000 kerana tak dapat ilham, menangis dengar anak didik sendiri menyanyi di konsert tribute Dedah Rosnani, arwah juga cukup gemar dengan juadah rendang ayam yang dimasaknya. “Kalau jumpa pasti dia akan minta masak sebab dia suka makan rendang ayam masakan saya,” katanya. Dalam pada itu, Rosnani berkata dia ada berbincang dengan Persatuan Karyawan Pulau Pinang untuk menubuhkan sebuah galeri khas bagi memghargai jasa arwah dalam bidang seni. Namun berita gembira itu tidak sempat disampaikan kerana Allahyarham sudah tiada sehingga membuatkan Rosnani hilang kata-kata. Kalau jumpa pasti dia akan minta masak. ROSNANI JAMIL PELAKON “Saya dengan arwah rapat, kebetulan saya baru balik dari Pulau Pinang merasmikan galeri buat Allahyarham Noordin Ahmad. “Saya dan Persatuan Karyawan Pulau Pinang berbicara tentang fasal Ahmad Nawab sebab dia pun orang sana. “Jadi pihak karyawan kata insya-Allah selepas ini nak buat galeri buat Ahmad Nawab tapi tiba-tiba anak telefon kata arwah sudah tiada,” ujarnya. Ahmad Nawab meninggal dunia kira-kira pukul 3.15 petang di kediamannya di Gombak, Selangor akibat sesak nafas. Allahyarham meninggal dunia akibat sesak nafas. Jenazah akan dimandikan dan dikafankan di surau Taman Melewar, Gombak sebelum dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Raudhatul Sakinah jam 10 pagi Isnin. Untuk rekod, isteri Allahyarham iaitu Siti Zainab Ibrahim terlebih dahulu dijemput Ilahi pada 30 Oktober 2020. Allahyarham juga mempunyai lima orang cahaya mata hasil perkahwinan dengan Siti Zainab. Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di WhatsApp, Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube TONTON VIDEO PILIHAN!