KOMPOSER Othman Mohamed meninggal dunia di kediamannya di Shah Alam, Selangor pada malam Ahad akibat sesak nafas. Berita pemergian Othman, 65, itu disahkan oleh rakan artis iaitu pelakon Zulkifli Ismail menerusi satu hantaran yang dimuat naik di laman Facebook. "Innalillahiwainnailaihirojiun, komposer terkenal Othman Mohamed telah kembali ke rahmatullah semalam. Allahyarham berusia 65 tahun. Othman meninggal dunia di usia 65 tahun. "Salam takziah buat keluarga Allahyarham," katanya. Menurut laporan HM, anak Othman iaitu Izwana Othman, 36, memberitahu bapanya sebelum itu dalam keadaan sihat sebelum diserang demam dua hari sebelum menghembuskan nafas terakhir. ARTIKEL BERKAITAN: Komposer S Atan meninggal dunia akibat sesak nafas ARTIKEL BERKAITAN: Tokoh muzik legenda Ahmad Nawab meninggal dunia pada usia 92 tahun Jenazah Othman selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Seksyen 21, Shah Alam pagi Isnin. Untuk info, Othman juga merupakan abang kepada penyanyi Allahyarham Adam Ahmad yang popular menerusi lagu ciptannya iaitu Kau Pergi Jua. Othman pernah menghasilkan beberapa lagu popular termasuk Hanya Di Radio, Di Hari Persandinganmu, Episod Cinta dan banyak lagi. Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube TONTON VIDEO PILIHAN!