PENYANYI Datuk Nora Ariffin meluahkan rasa syukur urusan rujuk bersama suami iaitu Dr Rushdi Ramli sudah diselesaikan di hadapan Hakim Mahkamah Rendah Syariah Daerah Hulu Langat, Selangor pada Isnin. Dengan pengesahan itu, Nora atau Wan Norafizah Ariffin, 52, memberitahu mereka kini kembali sah bergelar suami isteri dan menyifatkan segala ujian yang berlaku sebelum ini mempunyai hikmah. "Alhamdulillah, selesai kes rujuk depan hakim dan mahkamah. Kami suami isteri yang sah. Nora dan suami (dua dari kiri) bersama wakil peguam mereka. "Segalanya yang berlaku ada hikmahnya dan apabila perkara tidak baik terjadi kita boleh lihat sikap sebenar seseorang itu," katanya. Dalam pada itu, Nora turut mengingatkan orang ramai agar sentiasa muhasabah diri dan menerima segala baik dan buruk yang berlaku dalam kehidupan. "Kadang kala kita perlu melihat diri sendiri melalui proses muhasabah diri. Terima kasih Allah untuk segalanya. ARTIKEL BERKAITAN: Syukur Nora Ariffin dan Dr Rushdi rujuk semula selepas sebulan umum cerai ARTIKEL BERKAITAN: Nora Ariffin kongsi foto bercuti bersama suami, peminat doa kebahagiaan berkekalan selepas kembali rujuk "Apa sahaja baik atau buruk, hanya Allah sahaja yang tahu apa yang terbaik untuk kita," ujarnya. Pada 12 Ogos lalu, Rushdi menceraikan Nora dengan talak satu menerusi rakaman video berdurasi 52 saat. Malah selepas video berkenaan dikecam ramai, Nora sempat membela bekas suaminya dan memaklumkan itu bukanlah atas kehendak suaminya, sebaliknya mengikut arahan seseorang. Selepas sebulan mengumumkan penceraian itu, penyanyi lagu Desa Tercinta ini memaklumkan dia dan suami sudah kembali rujuk. Nora dan suami rujuk semula selepas dua bulan bercerai. Untuk rekod, Nora mendirikan rumah tangga dengan Rushdi dalam satu majlis yang diadakan sekitar hujung tahun 2021. Nora sebelum itu pernah berkahwin dengan komposer Johan Nawawi pada 1992 dan dikurniakan empat cahaya mata. Namun, Johan meninggal duia pada 24 Mac 2017 pada usia 52 tahun akibat serangan jantung. Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube TONTON VIDEO PILIHAN!