suria

Hilang deria penglihatan, Kyoll sedia tinggalkan kerusi pengarah... Sedih ada pihak cuba tutup punca rezeki

Kyoll sedih ada pihak cuba menutup pintu rezekinya dengan menggunakan alasan masalah penglihatan.

TATKALA dirinya diuji masalah penglihatan, pengarah Kyoll Hamzah mendedahkan ada pihak cuba menjadikan kekurangan dirinya itu sebagai alasan untuk menutup periuk nasinya.

Kata Kyoll atau Hairul Hamzah, 47, apa lebih menyedihkan apabila pihak berkenaan membuat dakwaan kononnya dia mengalami kecacatan penglihatan sehingga langsung tidak boleh melihat lagi.

"Ketika penglihatan saya tidak begitu teruk lagi, saya dengar ada pihak mengatakan yang saya buta. Sejujurnya saya sedih kerana saya belum lagi buta tetapi mereka tuduh saya begitu.

Copy of Untitled (62)

Kyoll mengakui masalah penglihatan menjejaskan kerjayanya sebagai pengarah.

"Mereka seolah-olah nak menutup punca rezeki saya. Sampaikan ada penerbit yang beranggapan saya sudah buta. Tapi apakan daya, mulut orang saya tak boleh tutup," katanya kepada mStar.

Kyoll berkongsi perkara itu ketika tampil sebagai panel di sesi forum ‘Orang Muda Dalam Perjuangan’ bersempena Festival Filem Malaysia ke-33 anjuran FINAS dan WHAM yang berlangsung di Datum Jelatek, Kuala Lumpur pada Sabtu.

Berkongsi mengenai kondisi kesihatannya itu, pengarah filem Memoir Seorang Guru itu memaklumkan gangguan penglihatan berkenaan berpunca daripada penyakit diabetes yang dihidapi sejak beberapa tahun lalu.

ARTIKEL BERKAITAN: Filem ‘Memoir Seorang Guru’ jentik hati penonton, angkat pengorbanan pendidik di kawasan pendalaman

ARTIKEL BERKAITAN: Walaupun bersaing dengan filem besar... ‘Memoir Seorang Guru’ jentik hati penonton, berjaya buat air mata mengalir

Kyoll turut memaklumkan dia sudah menjalani pembedahan pada bahagian mata belah kiri pada awal November lalu selepas penglihatannya bertukar gelap sepenuhnya.

Gara-gara masalah itu, Kyoll mengakui dia berdepan pelbagai kekangan di set pengambaran sekali gus menjejaskan kerjayanya sebagai pengarah.

Justeru itu, dia sudah bersedia untuk bersara daripada dunia pengarahan andai ditakdirnya tidak lagi mampu melihat.

"Masalah ini memang menganggu tugas saya sebagai pengarah, tetapi saya bersyukur dapat bantuan dari kru produksi yang sedia membantu dari sudut teknikal.

Sampaikan ada penerbit yang beranggapan saya sudah buta.

KYOLL HAMZAH

PENGARAH

"Selepas penglihatan saya hilang, saya kehilangan banyak tawaran. Jadi saya terpaksa berehat dahulu sehingga betul-betul pulih.

"Kalau bukan rezeki saya untuk melihat semula, mungkin saya perlu bersara. Tiada pilihan lain," jelasnya.

Dalam kesedihannya itu, Kyoll turut meluahkan rasa syukur apabila tercalon menerusi kategori Pengarah Harapan di Festival Filem Malaysia ke-33 (FFM33).

Copy of Untitled (63)

Kyoll tampil sebagai panel forum Orang Muda Dalam Perjuangan.

Tidak meletakkan harapan tinggi, Kyoll bagaimanapun menyifatkan pencalonan tersebut sebagai penguat semangat untuk dia meneruskan kehidupan.

"Saya bersyukur dan gembira walaupun dalam keadaan begini, Allah berikan saya rezeki tercalon dalam FFM.

"Banyak perkara sebenarnya saya nak capai, tambahan lagi kerjaya saya baru bermula. Saya harap mereka diluar sana doakan saya cepat sembuh," ujarnya.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain