ISTERI pelawak Shuib iaitu Watie hanya mampu mengucap panjang apabila seorang individu tergamak menuduh dia punca perubahan sikap suaminya. Tidak melenting dengan tuduhan tersebut, Watie atau Fati Nikmatul Adawiyah Hanifiah, 35, sebaliknya berdoa agar Allah SWT memelihara hati setiap manusia. "Dapat banyak DM pagi ini, ramai hantar video ini kepada mummy (panggilan Watie). Bila tengok mengucap panjang sajalah yang mampu. Watie berkongsi perkara itu menerusi hantaran di Instagram. "Semoga Allah sentiasa pelihara hati kita," katanya menerusi hantaran di Instagram pada Selasa. Watie turut mengulang siar video yang dihasilkan lelaki terbabit yang menuduh Shuib sudah berubah sejak berkahwin dengan Watie. Malah lelaki terbabit turut meminta Shuib menggantikan Watie dengan wanita yang jauh lebih baik untuk dijadikan isteri. "Shuib awak tahu awak berubah sebab apa? Orang tengok awak macam tak betul sejak berkahwin dengan Watie. ARTIKEL BERKAITAN: Isteri Shuib taja perbelanjaan umrah keluarga, bukan guna duit syarikat... Tampil buat penjelasan elak fitnah berleluasa ARTIKEL BERKAITAN: Watie tunai puasa sunat, mohon Allah mudahkan urusan Shuib di mahkamah "Saya nasihat awak tukar bini baru, cari yang lebih solehah. Ops awak tak layak sebab awak pun dua kali lima," kata pengguna TikTok tersebut. Dalam pada itu, Watie turut menasihati lelaki berkenaan agar berhati-hati apabila bercakap kerana dikhuatiri kenyataan itu boleh menimbulkan fitnah. "Janganlah engkau mengucapkan perkataan yang engkau sendiri tak suka mendengarnya jika orang lain mengucapkannya kepadamu," kongsinya. Ini bukan pertama kali individu tersebut menyerang pasangan berkenaan apabila sebelum ini dia pernah mendakwa Shuib menggunakan wang syarikatnya iaitu Bubblebee Sdn Bhd bagi menampung kos perbelanjaan ketika mengerjakan umrah di Makkah. Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube TONTON VIDEO PILIHAN!