TETAP pendirian mengunci mulut, penyanyi Lia Aziz lebih selesa tidak memberi sebarang komen tentang spekulasi hubungan rumah tangga yang dikatakan sedang bermasalah. Malah Lia atau Nor Alia Farzana Abdul Aziz, 21, juga tidak menghiraukan jika ada membuat andaian mengenai status hubungannya bersama suami iaitu Arash Azimi yang juga merupakan anggota kumpulan Tree Hill. "Siapa yang tahu, maka begitulah. Tetapi kami tidak mahu bercakap apa-apa. Lia dan Arash selesa tidak berkongsi kisah rumah tangga. "Ramai yang bertanya sebab timbul spekulasi. Biarlah apa orang lain nak kata. Kami pun tidak peduli jika ada yang bertanya. Cukup sekadar kami dan keluarga sahaja yang tahu," katanya ringkas kepada mStar. Lia dan Arash ditemui ketika sama-sama hadir meraikan majlis Ulang Tahun ke-17 Stesen Suria FM yang berlangsung di Menara Star, Petaling Jaya, Selangor pada Jumaat. Spekulasi rumah tangga mereka mula menjadi tanda tanya ramai selepas masing-masing dilihat tidak lagi berkongsi gambar bersama di sosial media. ARTIKEL BERKAITAN: “Cukuplah kami sahaja tahu”... Lia Aziz padam foto suami, rumah tangga masih bahagia ARTIKEL BERKAITAN: Penyanyi lagu ‘Kucu-Kuca’ Lia Aziz selamat bergelar isteri gitaris kumpulan Treehill Sementara itu, Lia dan Arash memberitahu hubungan mereka masih baik namun tidak mahu menjawab mengenai status rumah tangga itu. "Kami tiada masalah pun duduk bersebelahan. Hubungan kami baik-baik sahaja. Cukup sekadar kami dan keluarga sahaja yang tahu LIA AZIZ PENYANYI "Sekarang pun saya sudah menjadi vokalis kumpulan Tree Hill. Jadi kami akan selalu bersama," ujarnya. Untuk rekod Lia dan Arash mendirikan rumah tangga pada 23 Julai 2022. Bercakap mengenai karier muzik, kumpulan Tree Hill baru sahaja melancarkan lagu berjudul Rasa sekaligus memperkenalkan Lia sebagai ahli mereka. Lia tampil sebagai vokalis Tree Hill. Lagu tersebut merupakan ciptaan Lia sendiri bersama kumpulan berkenaan yang juga berkaitan dengan kisah peribadi sendiri. "Lirik lagu itu memang saya yang tulis dan berdasarkan kisah peribadi. Ia secara general apa yang berlaku dalam hidup saya. "Kisah tentang kita berharap kepada seseorang namun tidak berbalas. Rasanya semua pernah berhadapan dengan situasi begini," ceritanya. Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube TONTON VIDEO PILIHAN!