suria

[V] Pernah jadi mangsa keganasan rumah tangga, Elliza Razak syukur derita 12 tahun berakhir

SELAMA 12 tahun bertahan dalam perkahwinan, penyanyi dan pelakon Elliza Razak meluahkan rasa syukur apabila diberi kekuatan untuk berjaya keluar daripada hubungan yang banyak menghancurkan hidupnya.

Sah bercerai pada Februari lalu, Elliza, 40, juga mendedahkan dia pernah menjadi mangsa keganasan rumah tangga dengan bekas suaminya itu.

Malah dedah Elliza, dia juga turut mengambil peranan dalam menguruskan perbelanjaan keluarga sepanjang bergelar isteri kepada Khairul Adzwan Nasir itu.

elliza 2

Elliza sebak berkongsi pengalaman pahit dalam perkahwinan.

"Jujur saya katakan selama 12 tahun bertahan (dalam rumah tangga), saya rasa lega sangat selepas bercerai. Saya sudah penat. Selama ini saya juga yang menanggung ekonomi keluarga.

"Iya, saya menjadi mangsa keganasan rumah tangga. Sebab itu juga saya nekad untuk failkan cerai kerana sudah tak tahan.

"Punca saya mula melakukan proses permohonan cerai apabila dia ugut tidak benarkan saya berjumpa anak-anak," katanya yang bercerai di Mahkamah Rendah Syariah Petaling Jaya, Subang Bestari.

ARTIKEL BERKAITAN: “Dah 20 tahun saya bertahan, cukuplah” - Zahnita

ARTIKEL BERKAITAN: Azzahra dedah tanggung derita jadi isteri Jay Iswazir, diminta gugur kandungan alasan tak mampu

Elliza ditemui wartawan semasa majlis sambutan Ulang Tahun ke-17 stesen radio Suria FM yang berlangsung di Menara Star, Petaling Jaya pada Jumaat.

Dalam pada itu Elliza turut menunjukkan kepada pihak media gambar kesan lebam pada wajahnya dipercayai akibat dipukul dalam kejadian yang berlaku pada tahun 2015.

Biarpun begitu, bekas peserta Akademi Fantasia musim ketiga ke-3 (AF3) akui dia tidak membuat laporan polis berhubung perkara tersebut.

Saya sudah penat. Selama ini saya juga yang menanggung ekonomi keluarga

ELLIZA RAZAK

PENYANYI/PELAKON

"Mungkin sebelum ini saya bodoh kerana tidak buat laporan polis. Saya tak mahu dia ditahan. Saya juga fikirkan tentang anak-anak.

"Tetapi selepas bercerai saya ada buat cover report supaya dia tidak boleh mengganggu saya dan anak-anak.

"Dalam tempoh idah pun dia dan pukul saya dan ketika itu anak kami nampak apa yang berlaku," ceritanya.

elliza 4

Anak-anak menjadi kekuatan Elliza.

Tambahnya, apa yang terjadi juga memberi kesan kepada dua anaknya kerana mereka sebelum ini menjadi saksi dia menjadi mangsa keganasan rumah tangga.

Elliza dan Khairul mendirikan rumah tangga pada 11 November 2011.

Mereka memiliki dua orang cahaya mata bersama iaitu Ellisya, 10, dan Emmir, 8 tahun.

elliza 3

Elliza kini kembali aktif dalam dunia seni.

Bangkit membina semangat baharu, baginya ini adalah masa terbaik untuk kembali aktif dalam dunia seni selepas sekian lama mendiamkan diri.

"Sekarang ini saya cari semula apa yang buatkan saya gembira. Syukur dapat bertemu dengan orang tepat untuk menguruskan perjalanan kerjaya seni," luahnya.

Terbaharu Elliza tampil dengan lagu berjudul yang menjadi runut bunyi drama Akad Yang Terlindung siaran slot Akasia di TV3.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain