suria

Zahnita tolak tawaran RM150,000 untuk jadi model, tidak berminat dunia peragaan lagi

Zahnita tidak mahu terlibat dalam peragaan lagi.

PELAKON dan model Zahnita Wilson mendedahkan dia terpaksa menolak tawaran menjadi duta bagi sebuah jenama pakaian terkenal tanah air.

Meskipun ditawarkan dengan bayaran lumayan, namun Zahnita atau Zahnita Dorothy Hussein Wilson, 39, berkata pentas peragaan bukan lagi menjadi keutamaannya.

"Saya minta maaf dengan rendah diri saya terpaksa menolak. RM150,000 memang banyak tapi modeling bukan dunia saya lagi.

553 (2)

Zahnita mahu fokus dengan anak-anak dan keluarga.

"Jakel tawarkan nilai sebanyak itu menjadi wajah kempen raya untuk tiga bulan tapi saya minta maaf terpaksa menolaknya," katanya.

Zahnita berkongsi perkara itu menerusi temu bual bersama Mingguan Wanita yang dimuat naik di Instagram.

Sementara itu, Zahnita memberitahu buat masa ini dia hanya ingin memberikan tumpuan sepenuhnya kepada perniagaan dan anak-anak.

Namun dia sentiasa terbuka membantu rakan-rakan yang memerlukan khidmatnya untuk mempromosikan pakaian jualan mereka.

ARTIKEL BERKAITAN: “Dah 20 tahun saya bertahan, cukuplah” - Zahnita

ARTIKEL BERKAITAN: Zahnita dakwa jadi mangsa keganasan rumah tangga, mata lebam dipukul

"Saya mahu beri tumpuan pada bisnes pie dan anak-anak, bukan di pentas modeling lagi. Tapi kalau ada tawaran kecilan dari kawan-kawan, insya Allah saya akan bantu catwalk.

"Jika tawaran itu membantu masyarakat dan kaum wanita saya akan datang," ujarnya.

Dalam pada itu, Zahnita memberitahu dia kini sedang sibuk menyiapkan 3000 biji pai yang sudah ditempah pelanggannya.

"Saya nak menjadi diri saya seperti biasa dan menggunakan sosial media promosi perniagaan saya.

Masa saya mulakan perniagaan saya minta pada Allah tunjukkan jalan.

ZAHNITA WILSON

MODEL/PELAKON

"Target saya ketika ini ingin hasilkan 3000 pie, dan saya harap dapat hasilkan 100,000 pai.

"Masa saya mulakan perniagaan saya minta pada Allah tunjukkan jalan dan saya pasangan impian mahu hantar 1 juta pai di Palestin," luahnya.

Sejak 2 Disember lalu, nama Zahnita menjadi sebutan ramai selepas berkongsi foto di Instagram memaparkan bahagian mata kirinya dalam keadaan lebam.

Menerusi temu bual bersama mStar, aktres berkenaan tidak berdolak-dalik mengenai punca matanya lebam dan mendakwa dia dibelasah oleh suami sendiri.

zahnita 1

Zahnita terima banyak tempahan selepas kesnya tular.

Pergaduhan di antara mereka tercetus apabila dia membangkitkan isu suaminya mempunyai hubungan dengan wanita lain.

Untuk rekod, Zahnita pernah memfailkan permohonan cerai terhadap suami di Mahkamah Rendah Syariah Shah Alam, Selangor pada tahun 2013.

Pun begitu, Zahnita enggan mengulas lanjut tentang keputusan yang dibuat sebaliknya hanya menjelaskan dia dan suami tidak lagi ditakdirkan hidup bersama.

Pasangan itu bagaimanapun kembali berbaik selepas Abdul Zackery memujuknya.

Zahnita, 39, mendirikan rumah tangga dengan Abdul Zackery pada 2005 dan hasil perkahwinan itu mereka dikurniakan empat cahaya mata iaitu tiga perempuan dan seorang lelaki.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di WhatsApp, Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain