suria

[V] Produksi sambut baik pendirian Yusuf Bahrin elak babak sentuh, bincang dahulu sebelum terima tawaran

BERPEGANG teguh kepada prinsip tidak bersentuhan dengan pelakon wanita, aktor Yusuf Bahrin juga meluahkan rasa syukur apabila pendirian itu diterima baik oleh pihak produksi.

Malah, Yusuf atau Muhammad Yusuf Bahrin, 32, berkata dia akan berbincang terlebih dahulu dengan mana-mana produksi yang memberikan tawaran sebelum menandatangani sebarang perjanjian.

"Selalunya kalau ada tawaran produser akan hubungi saya dahulu. Saya akan bertanya tentang watak dan babak dalam lakonan. Jika ada babak bersentuhan yan terlalu ekstrem saya tidak akan terima.

yusuf 2

Yusuf jaga batas dalam lakonan selepas berkahwin.

"Kebanyakan produser yang sudah kenal mereka cukup faham. Jadi ada perbincangan terlebih dahulu sebelum terima tawaran. Tidaklah mereka beritahu ada babak bersentuhan ketika di set penggambaran," katanya kepada mStar.

Yusuf sebelum ini pernah meluahkan dia membataskan babak bersentuhan dengan pelakon wanita selepas dia bergelar suami kepada penyanyi Zizi Kirana.

Bercakap tentang perjalanan kerjaya selepas mendirikan rumah tangga, pelakon ini menepis tanggapan seseorang pelakon akan kurang mendapat perhatian apabila bergelar suami.

ARTIKEL BERKAITAN: Ibu dah minta cucu tapi Aniq Durar mahu fokus cari duit dulu

ARTIKEL BERKAITAN: Karya tempatan beri saingan sengit, tujuh filem hebat bolos kategori Filem Terbaik FFM33

Malah dia juga tidak terfikir memperlahankan kerjaya seni meskipun pernah mengambil masa rehat untuk memberikan fokus kepada perniagaan.

"Syukur rezeki selepas berkahwin semakin baik. Tiada istilah perlahakan kerjaya selepas jadi suami. Cuma sebelum ini pernah kurangkan tawaran sebab mahu fokus kepada perniagaan.

"Apabila perniagaan semakin baik, kini saya kembali aktif berlakon. Mungkin juga ada yang sangka saya tidak lagi berlakon sebab banyak terlibat dengan drama untuk siaran OTT (Over The Top)," ujarnya.

Jika ada babak bersentuhan yan terlalu ekstrem saya tidak akan terima

YUSUF BAHRIN

PELAKON

Sementara itu Yusuf turut meluahkan rasa bangga apabila lakonannya dalam filem The Lord Musang King melayakkan dia tercalon dalam kategori Pelakon Lelaki Harapan sempena Festival Filem Malaysia ke-33 (FFM33).

Katanya pencalonan itu menjadi pembakar semangat untuk dia terus mengembangkan kerjaya ke arah dunia perfileman.

"Bukanlah bermaksud saya tolak berlakon drama, tetapi kalau ada tawaran filem saya akan lebih ke arah filem.

yusuf 3

Calon Pelakon Lelaki Harapan FFM33.

"Sebagai pelakon kita tahu penglibatan dalam filem memberi satu porfolio besar," jelasnya.

Selain Yusuf, turut tersenarai dalam kategori sama adalah Safwan Nazri (Malbat: Misi Bakara), Tan Kim Wang (Abang Adik), Aniq Durau (Pagari Bulan) dan Danish Zamri (Memoir Seorang Guru).

Malam kemuncak Anugerah FFM33 bakal berlangsung di Auditorium Seri Angkasa, Angkasapuri Kota Media, Kuala Lumpur pada Sabtu ini, pukul 8.30 malam.

FFM33 akan disiarkan secara langsung menerusi saluran TV2 dan YouTube Finas.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain