suria

Stacy selit etnik Sabah dalam ‘Menyala’, lagu baharu tiada kaitan isu tarik diri daripada konsert

Stacy tidak menyindir mana-mana pihak susulan pelancaran muzik video 'Menyala'.

MUNCUL lagu baharu berjudul ‘Menyala’, penyanyi Stacy Anam berkata karya itu tiada kaitan dengan isu penarikan dirinya dalam konsert 'A Night With Sumandak Star' pada 30 November lalu.

Menyuntik elemen etnik Sabah dalam lagu berkenaan, Stacy atau Ummu Shaikhah Stacy Anam, 34, berkata karya ciptaannya itu sudah lama dihasilkan dan tiada kena mengena dengan mana-mana pihak.

“Sebenarnya lagu itu sudah lama dibuat iaitu selepas selesai menjayakan porgram The Hardest Singing Show sekitar Julai lalu.

stacy2 - 1

Stacy lancar lagu baharu berjudul 'Menyala'.

“Jadi memang tiada kena mengena dengan apa yang berlaku sekarang. Terpulang kepada fahaman mereka (netizen) sendiri untuk mentafsirnya.

“Jika itu yang mereka (netizen) ingin lihat dan fikirkan, terpulang kerana ini kan industri hiburan,” katanya kepada mStar.

Stacy berkongsi perkara itu ketika ditemui semasa majlis pelancaran single baharu 'Menyala' yang diadakan di Courtyard Marriot, Kuala Lumpur pada Khamis.

ARTIKEL BERKAITAN: [V] Stacy jawab tuduhan berlagak diva, hubungan dengan Bella Astillah masih baik

ARTIKEL BERKAITAN: [V] Cadang nama Salma kepada pihak penganjur, Adira kurang tahu kontroversi ‘Sumandak Stars’ - “Semua terlibat kawan-kawan saya”

Dalam pada itu, Stacy memberitahu sejak awal kemunculannya sebagai penyanyi, dia sudah dikenali dengan karya yang banyak mengetengahkan etnik budaya Sabah dalam lagu nyanyiannya.

“Sejak dahulu lagi saya sudah memasukkan elemen Sabah dalam lagu. Bukan baru sekarang saya melakukannya.

“Sekiranya boleh diingatkan semula sejak dahulu lagi saya sudah memasukkan lirik lagu 'kenapa bah kau berubah' dalam lagu Pakai Buang.

“Begitu juga dengan lagu Kasanova di mana pula saya masukkan elemen tarian Sumazau dalam lagu itu. Jadi seperti saya katakan tadi, saya memang sudah lama mengetengahkan budaya Sabah dalam lagu," ujarnya.

Terpulang kepada fahaman mereka (netizen) sendiri untuk mentafsirnya... terpulang kerana ini kan industri hiburan.

STACY ANAM

PENYANYI

Enggan memanjangkan isu penarikan diri di konsert A Night With Sumandak Star, Stacy turut menjelaskan dia ingin memberikan fokus terhadap penganjuran konsert solo yang dijadualkan bakal berlangsung di Sabah pada Jun tahun depan.

“Saya juga sudah memaklumkan kepada mereka tentang penganjuran konsert solo ini. Jadi, konsert solo ini juga salah satu sebab mengapa saya tidak bersama mereka dalam konsert itu.

“Bagi saya perkara ini hanya hal kecil yang tidak perlu diperbesarkan. Mungkin kerana melibatkan beberapa pihak, jadi ramai merasakan penarikan diri saya itu perkara yang besar,” katanya.

Sebelum ini Stacy memaklumkan punca dia menarik diri disebabkan syarat diletakkan tidak dipenuhi pihak penganjur iaitu Orange International Entertainment.

stacy1 - 1

Muzik video 'Menyala' sudah boleh ditonton di saluran YouTube.

Keputusan itu juga dibuat selepas beberapa syarat dan permintaan termasuk isu poster konsert tidak diambil serius dan menarik diri bagi menjaga reputasi kariernya.

Dalam perkembangan lain, Stacy turut melancarkan muzik video Menyala yang sudah mula boleh ditonton menerusi saluran YouTube.

Menyala merupakan kerjasama antara Sony Music Entertainment Malaysia, Alternate Records dan Rhythm & Rhyme Entertainment yang sudah berada di semua platform digital bermula 8 November lalu.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain