DALAM diam-diam rupanya pelakon Danial Dashuki sudah bergelar tunangan kepada aktres baharu iaitu Tiara Suraya pada 1 Disember lalu. Danial, 30, berkata perkenalan bersama kekasih hatinya itu hanya berlaku dalam tempoh tiga bulan sebelum mereka sepakat mengikat tali pertunangan. Malah dia sanggup berhabis kira-kira RM400,000 demi melangsungkan majlis pertunangan dengan meriah. Danial terpikat dengan kecantian Tiara. "Kami baru saja kenal dalam tiga bulan macam itu. Kami sama-sama jalani penggambaran drama Di Hatiku Ada Kamu. "Penggambaran habis 25 November lalu dan kami terus bertunang pada awal Disember ini. Dalam drama itu dia tak nak kahwin dengan saya jadi saya kahwin betul-betul dengan dia dalam real life. "Tapi kami bukan cinta lokasi, kami lebih rapat selepas banyak kali bertemu di luar disebabkan urusan perniagaan," katanya ketika dihubungi mStar. Berkongsi lebih lanjut, Danial berkata bakal ibu mentuanya yang mesra dengan panggilan Mummy Rose melamar dirinya untuk dijadikan menantu memandangkan mereka rapat kerana menjalankan perniagaan bersama. ARTIEKL BERKAITAN: 4 tahun cipta nama sebagai pelakon, model Danial Dashuki menang trofi pelakon lelaki terbaik teater tradisional ARTIEKL BERKAITAN: Pertama kali tercalon FFM33, Safwan Nazri anggap hikmah ujian isteri gugur semasa penggambaran Malah tanpa ragu-ragu dia menerima pelawaan berkenaan memandangkan hatinya sudah terpikat dengan Tiara. Selain kecantikan yang dimiliki Tiara, Danial berkata sikap suka memberi layanan baik kepada semua orang juga antara perkara menambat hatinya. "Awalnya saya tak mengurat dia, begitu juga dia. Yang jodohkan kami adalah ibu dia. Saya berkenalan di set penggambaran pun sebab ibu dia juga. Saya tahu ujian pertunangan ini sangat mencabar. DANIAL DASHUKI PELAKON "Saya banyak uruskan perniagaan bersama dengan ibu dia dan kami memang akrab. Sebelum ini pun memang saya tak bercakap dengan Tiara. "Tapi satu hari itu ibu dia tanya nak tak kahwin dengan anak dia dan saya terus bersetuju," ujarnya. Sedar ujian pertunangan, Danial memberitahu dia tidak menunggu lama untuk melangsungkan perkahwinan malah memilih Julai tahun depan sebagai hari bahagia mereka. Danial dan Tiara tidak mahu bertunang terlalu lama. Justeru itu, sepanjang tempoh pertunangan ini mereka akan sama-sama membangunkan perniagaan yang sudah dirancang. "Saya tahu ujian pertunangan ini sangat mencabar tapi saya dengan Tiara banyak luangkan masa bersama untuk menguruskan perniagaan kami. "Kalau semuanya okay, Insya-Allah 6 Julai 2025 kami disatukan. Sebenarnya kami nak langsungkan lebih awal tapi ada kerja-kerja yang terpaksa diuruskan dahulu," ujarnya. Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di WhatsApp, Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube TONTON VIDEO PILIHAN!