PENYANYI rap Zamaera mendakwa dirinya dirakam tanpa izin oleh seorang pegawai pihak berkuasa tempatan (PBT) semasa menerima perkhidmatan urutan di sebuah premis di Subang Jaya, Selangor. Kata Zamaera atau Sharifah Zamaera Al Edros Syed Zafilen, 28, apa yang membuatkan dia bengang apabila ketika pemeriksaan itu dilakukan dirinya berada dalam keadaan tidak berpakaian dan hanya bertuala. "Tiba-tiba entah dari mana saya terdengar langsir bilik saya dibuka dan apabila saya menoleh saya ternampak seorang lelaki berkaca mata hitam memegang kamera telefon dan merakam saya. Saya terkejut! Zamaera tuntut penjelasan pihak berkuasa. "Tukang urut saya terus berkata ini bilik perempuan dan ketika saya berpaling lelaki itu masih merakam saya dengan telefonnya. Jadi saya segera bangun dan menjengah kepala saya dari tirai lalu menjerit. "Apabila saya melihat ke luar, saya melihat kira-kira 10 hingga 15 semua pegawai lelaki dengan muka yang tidak bersalah, dengan sebahagian daripada mereka berpaling, jelas melakukan sesuatu yang salah," katanya menerusi satu hantaran di laman Instagram. Tidak selesa dengan tindakan pegawai berkenaan, Zamaera berpendapat perkara itu tidak wajar dilakukan meskipun ada yang memberitahu ia merupakan prosedur operasi standard (SOP) ketika pemeriksaan di pusat urut. Kata Zamaera, selepas dia mempertikaikan tindakan pegawai berkenaan, mereka menafikan perbuatan itu serta memaklumkan tiada rakaman video dibuat meskipun dia melihat dirinya dirakam. ARTIKEL BERKAITAN: Zamaera lebih terbuka, ‘Big Fish’ karya keluar dari zon selesa sebagai artis indie ARTIKEL BERKAITAN: Dua tahun menyepi, penyanyi rap Zamaera muncul semula selepas putus cinta "Saya memakai pakaian saya dan melangkah keluar dan mula merakam dan menyoal mereka tentang siapa yang merakam saya. "Bahagian mana dalam menceroboh privasi pelanggan dengan merakam mereka dalam keadaan tidak berpakaian boleh dianggap beretika?" luahnya. Kesal dengan apa yang berlaku, Zamaera menggesa pihak berkuasa bertanggungjawab di atas salah laku yang didakwa itu. Penyanyi lagu Jaga Diri ini juga dipercayai sudah membuat laporan polis berhubung insiden berkenaan. Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di WhatsApp, Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube TONTON VIDEO PILIHAN!