suria

Pempengaruh Indonesia Saal Haerid juara ‘All Star Influencers Award 2024’, tewaskan peserta dari 9 negara termasuk Malaysia

Saal dah lama pasang impian ingin memenangi anugerah utama berkenaan.

PERSONALITI media sosial dari Indonesia, Saal Haerid meluahkan rasa syukur akhirnya memenangi anugerah utama All Star Influencers Award 2024 (ASIA2024) yang berlangsung di Kuala Lumpur pada Ahad.

Bangga dapat mengharumkan nama negara, Saal, 21, berkata dia sudah lama memasang impian untuk memenangi anugerah berkenaan meskipun menyedari perlu berdepan saingan hebat 60 peserta dari 9 negara.

"Alhamdulillah, ini kali pertama saya menang. Tahun lepas saya sertai juga tapi tak menang.

"Saya rasa bangga dapat harumkan nama negara dan selepas ini saya akan buat lebih banyak content menarik dan mengikut trend semasa.

"Sejujurnya memang saya dah lama pasang impian untuk menang dan akhirnya cita-cita itu tercapai," katanya kepada mStar.

saal 3

Kandungan sempena Tahun Melawat Melaka yang dihasilkan oleh Saal menerima pujian juri dan netizen.

Kemenangan Saal itu melayakkan dia membawa pulang hadiah wang tunai bernilai AS$10,000 (RM44,200), trofi eksklusif, dan pakej percutian mewah ke Dubai.

Tempat kedua pula dirangkul Abyan Calief dari Indonesia yang membawa pula trofi, wang tunai AS$5,000 (RM22,000) dan percutian ke Dubai manakala pempengaruh Malaysia, Imranul Effendi membawa pulang trofi, wang tunai AS$3,000 (RM13,200) dan percutian ke Dubai.

Selain anugerah utama, Saal turut meraih kategori Kategori Ciptaan Kandungan Terbaik yang melayakkannya membawa pulang trofi dan wang tunai AS$1,000 (RM4,400).

ARTIKEL BERKAITAN: Portal mStar julang trofi Best National Viral Page/Channel pada KNKV Viral Award

ARTIKEL BERKAITAN: Rupanya influencer sastera Zhiddin Aziz tiru teks pidato juara dunia, penulis asal tunjuk bukti - “Lain kali ciptalah sesuatu yang asli”

Manakala bagi kategori Suntingan Terbaik dimenangi oleh Herony dari Filipina. Karya Ulasan Makanan Terbaik pula menjadi milik pempengaruh Indonesia, Abyan Calief, yang mendapat pengiktirafan atas kreativiti dan keunikan kandungannya.

Kategori Penyampai Cerita Terbaik menyaksikan kemenangan Berliana dari Indonesia, manakala anugerah Pilihan Orang Ramai yang menjadi antara kategori paling dinantikan dimenangi oleh Ananda Natasha, juga dari Malaysia, hasil undian peminat dan pengikut.

Malam kemuncak yang berlangsung di Hotel Flamingo itu dihoskan oleh personaliti popular, Dina Nadzir dan Asyraf Nasir.

Tetamu dihiburkan dengan persembahan memukau daripada selebriti terkenal seperti Bella Astillah, Yonnyyboii, dan kumpulan 53 Studio.

saal 2

Pengerusi ASIA2024, Datuk Abd Rahman (kanan) menyampaikan hadiah kemenangan kepada Saal.

Acara gilang gemilang itu dirasmikan oleh Pengerusi Tourism Malaysia, Datuk Dr Yasmin Mahmood, dan turut diserikan dengan kehadiran lebih 60 pempengaruh media sosial dari Jepun, Taiwan, China, Vietnam, Indonesia, Thailand, Korea Selatan dan Filipina.

Turut hadir ialah Pengerusi Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (FELDA), Datuk Ahmad Shabery Cheek.

Sementara itu Pengerusi ASIA2024, Datuk Abd Rahman Soltan berkata ASIA2024 juga mencatat sejarah tersendiri apabila meraih 254juta tontonan kandungan di media sosial menggunakan tanda pagar AllStarInfluencerAward2024 sepanjang program berlangsung.

Abd Rahman menjelaskan bahawa ASIA2024 bertujuan mempromosikan tiga elemen utama pelancongan tempatan iaitu kebudayaan, lokasi menarik dan bersejarah, serta makanan melalui platform media sosial, sekali gus mampu meningkatkan pendapatan negara.

Acara ini merupakan sebahagian daripada program empat hari yang dianjurkan oleh Aston Creative, dengan matlamat meraikan bakat dan kreativiti dalam penghasilan kandungan digital.

Sebanyak 13 kategori anugerah disampaikan, memberi pengiktirafan kepada individu dan kumpulan yang telah memberi impak besar dalam dunia media sosial di peringkat Asia.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di WhatsApp, Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain