suria

Dituduh fitnah bekas suami isu keganasan rumah tangga, Azzahra Ahmad buat ‘cover report’

Azzahra tegaskan dakwaan yang dibuat adalah benar.

PELAKON Azzahra Ahmad tampil membuat laporan polis (cover report) sebagai bukti kenyataan dikeluarkan berhubung menjadi mangsa keganasan rumah tangga bekas suaminya iaitu aktor Jay Iswazir adalah benar.

Azzahra atau Fathima Azzahra Ahmad memberitahu dia juga telah menyerahkan semua bukti terhadap dakwaannya kepada pihak berkuasa.

"Ada dengar bunyi berkata saya fitnah, jadi segala bukti saya telah serahkan kepada pihak berkuasa.

azzahra 22

Laporan polis serta bukti Azzahra menjadi mangsa pukul.

"Cukup pihak berkenaan tahu untuk tindakan susulan. Bukan bukti sahaja, saksi kejadian pun ada," katanya.

Azzahra berkongsi perkara tersebut di Instastory miliknya berserta paparan laporan polis yang dibuat.

Bagaimanapun pelakon itu tidak menjelaskan bila dan lokasi laporan polis itu dibuat.

ARTIKEL BERKAITAN: Azzahra dedah tanggung derita jadi isteri Jay Iswazir, diminta gugur kandungan alasan tak mampu

ARTIKEL BERKAITAN: Hanya bertahan 2 tahun, pasangan pelakon Jay Iswazir dan Azzahra Ahmad bercerai

Cover report secara dasarnya adalah sama seperti laporan polis biasa namun di akhir laporan pelapor akan menyatakan tujuan ia dibuat untuk rakaman sahaja.

Sebaliknya tiada tindakan akan diambil terhadap pelaku tersebut.

Dalam laporan tersebut menyebut timbul spekulasi di mana ada mempertikaikan pendedahannya di media sosial sebagai fitnah terhadap Jay.

azzahra 11

Hubungan Azzahra dan Jay hanya bertahan selama dua tahun.

"Saya tak mahu panjangkan cerita dan nak hidup tenang. Jadi harap pihak di sana berhenti memanipulasi," katanya.

Menerusi hantaran berbeza, dia juga memuat naik gambar kesan kecederaan pernah dialami dipercayai akibat perbuatan dikasari.

Azzahra turut berkongsi gambar ketika dia mendapatkan rawatan di Hospital Kuala Lumpur (HKL).

azzahra 33

Azzahara dakwa menjadi mangsa pukul Jay ketika mereka berkahwin.

Azzahra sebelum ini secara terbuka mendedahkan Jay pernah melakukan kekerasan sepanjang mereka bergelar pasangan suami isteri.

Dia bagaimanapun enggan membuat laporan polis kerana bimbang akan menjejaskan nama nama baik Jay sebagai penggiat seni.

Untuk rekod, Azzahra dan Jay mendirikan rumah tangga pada Mac 2022 namun mereka bercerai pada 28 Oktober lalu.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain