suria

Hilang fokus sampai lupa lirik, Nai Dinamik peserta pertama tersingkir Gegar Vaganza 11

Nai merupakan peserta pertama yang tersingkir dalam GV11. Foto Kredit Instagram @astrogempak

PENYANYI Nai Dinamik muncul peserta pertama tersingkir di minggu ketiga program Gegar Vaganza musim ke-11 (GV11) pada malam Ahad.

Nai atau James Junai Juki, 58, mendapat markah tercorot menerusi persembahan yang disiarkan secara langsung di Auditorium Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA).

Nai yang menyanyikan lagu Apa Nak Dikata nyanyian kumpulan XPDC gagal mencuri hati juri sekali gus berada di kedudukan paling bawah berbanding 13 peserta lain.

Kesilapan teknikal turut menjadi salah satu faktor membuatkan peserta ini hilang fokus sehingga terlupa lirik.

Liza menjadi juara mingguan GV11 minggu ketiga.

Liza menjadi juara mingguan GV11 minggu ketiga.

Juri tetap Datuk Ramli MS turut memberi peluang kedua untuk Nai memulakan persembahan semula namun dipersiakan apabila Nai masih gagal menyampaikan nyanyian dengan baik.

Ramli bagaimanapun mengucapkan terima kasih kepada penonton kerana tetap memberikan sorakan tanda sokongan kepada penyanyi tersebut.

"Saya rasa agak tidak adil untuk Nai sekiranya berlaku kesilapan teknikal seperti ini. Terima kasih kepada penonton yang sangat supportive.

"Saya cerita sejarah lagu ini sikit, masa XPDC merakamkan lagu ini arwah Mael (vokalis) pun tercungap-cungap, memang tidak mudah," katanya.

ARTIKEL BERKAITAN: [V] 40 tahun bergelar penyanyi, Liza Aziz tak kecil hati dianggap ‘underrated’

ARTIKEL BERKAITAN: [V] Pengorbanan ibu tiada tandingan, kini masa Ning Baizura balas semua jasanya

Manakala Datuk Syafinaz Selamat berkata, faktor usia membuatkan penyanyi sukar untuk menghafal lirik dan menasihati peserta lain agar memberikan fokus terhadap bait lirik sebelum menghayati melodi lagu.

"Saya rasa masalah paling utama bagi seorang penyanyi adalah untuk menghafal lirik. Tambah pula Nai sudah berusia 58 tahun.

"Apa pun saya faham, bila halangan utama adalah lirik maka penyanyi memang susah untuk fokus pada persembahan.

Ning membuka persembahan dengan lagu Firework nyanyian Katy Perry.

Ning membuka persembahan dengan lagu Firework nyanyian Katy Perry.

"Selepas ini saya sarankan hafal lirik terlebih dahulu kemudian baru fokus kepada melodi lagu," ujarnya.

Sementara itu, penyanyi Liza Aziz menjadi juara bagi tiga minggu berturut-turut manakala Ning Baizura dan Inka Christie berada di kedudukan kedua dan ketiga.

Dalam pada itu, Fairuz Selamat diumumkan sebagai pemenang Ikon Super Lit CelcomDigi dan Liza dipilih menjadi Bintang Cuckoo Paling Gempak mengikut undian peminat.

GV11 yang dihoskan oleh Nabil Ahmad dan Jihan Muse boleh ditonton menerusi Astro Ria (104), Ria HD (123) pada setiap Ahad, pukul 9 malam.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain