BERSIMPATI dengan nasib mangsa banjir di Kelantan, usahawan sensasi Datuk Seri Vida tampil menghulurkan bantuan bernilai RM200,000 untuk rakyat di negeri itu. Bantuan berkenaan bagaimanapun diagihkan oleh anak lelakinya iaitu Muhammad Eric Zaquan, 17, atau lebih dikenali sebagai Kacak mewakili Vida. Menerusi hantaran di Instagram miliknya Vida atau nama sebenar, Hasmiza Otman, 53, memberitahu dia kini sedang mengerjakan ibadah umrah. Vida sempat titip doa dari jauh. Disebabkan itu anak lelakinya menjadi wakil mengagihkan bantuan yang berupa makanan dan keperluan asas kepada mangsa banjir. "Walaupun mama (panggilan Vida) jauh, mama sentiasa doakan semoga semua yang terkesan dengan banjir kali ini dipermudahkan segala urusan. "Kali ini saya memperuntukkan hampir RM200,000 untuk membeli barang keperluan dan makanan," tulisnya di ruangan kapsyen. Dalam hantaran yang dimuat naik, Kacak sempat membuat panggilan video bersama Vida sebelum berangkat ke Kelantan. ARTIKEL BERKAITAN: Acara lelong barang-barang milik Vida ditunda ARTIKEL BERKAITAN: Inilah senarai penuh 727 barangan milik Vida disita untuk tujuan lelong Semasa melakukan panggilan video, Vida sempat berdoa agar urusan anaknya dipermudahkan selain memaklumkan bantuan tersebut daripada syarikatnya iaitu Vida Beauty. "Insya-Allah kita cuba bantu dengan sedaya upaya dalam bentuk bantuan makanan dan keperluan harian dan wang kita bagi juga untuk fasa pertama. "Dan akan ada juga (bantuan) pasca banjir selepas ini," katanya. Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di WhatsApp, Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube TONTON VIDEO PILIHAN!