PASANGAN duo Naqiu dan Joey serta Zahid dan Anne terpaksa berlapang dada apabila tersingkir di peringkat separuh akhir program Famili Duo musim keempat (FD4) yang diadakan pada malam Ahad. Manakala tiga pasangan yang mara ke peringkat akhir adalah Ayie dan Salma, Tomok dan Sharul serta Shiha dan Ieda bagi merebut gelaran juara minggu hadapan. Pada minggu separuh akhir, Ayie dan Salma turut muncul sebagai juara mingguan apabila persembahan menerusi lagu Andaiku Bercinta lagi (Mojo) dan Jangan Khianati Aku (Azlan Typewriter) mendapat pujian juri. Persembahan Joey (kiri) dan Naqiu gagal menambat hati juri. Kemenangan duo sepupu itu sekali gus melayakkan mereka membawa pulang hadiah wang tunai RM10,000. Sebelum ini, pasangan duo sepupu Didi Astillah dan Thamiera tersingkir lebih awal pada minggu keenam. Pada peringkat akhir, peserta bakal membuat dua persembahan dengan tema bebas dan duet atau vokal berkumpulan. ARTIKEL BERKAITAN: Yazmin Aziz tarik diri berentap di ‘Famili Duo 4’, Thamiera (The Gadys) pasangan baharu Didi Astillah ARTIKEL BERKAITAN: Naqiu ada sebab kembali sertai pertandingan nyanyian, pasangan duet di Famili Duo 4 kekal rahsia Juara Famili Duo 4 bakal membawa pulang hadiah wang tunai sebanyak RM100,000. Famili Duo 4 yang dihoskan oleh Janna Nick dan Sharif Zero. Manakala kerusi juri pula menampilkan Mas Idayu dan Datuk Rosyam Nor. Famili Duo peringkat akhir bakal berlangsung pada 16 Disember ini dan turut disiarkan di TV3 pada pukul 9 malam. Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di WhatsApp, Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube TONTON VIDEO PILIHAN!