suria

Trofi Pelakon Wanita Harapan FFM33 tanggungjawab besar, Trisha Ooi masuk kelas lakonan bersama Fauziah Nawi

Trisha dinobat sebagai Pelakon Wanita Harapan di FFM33.

PELAKON Trisha Ooi tidak menyangka impian mendapat pengiktirafan dalam kariernya berlaku lebih awal apabila memenangi kategori Pelakon Wanita Harapan di Festival Filem Malaysia ke-33 (FFM33) pada malam Sabtu.

Trisha atau Reyshqa Aqiera Mohd Nasron Ooi, 25, berkata, dia langsung tidak meletak sebarang harapan memenangi kategori tersebut memandangkan calon-calon lain mempunyai kekuatan tersendiri.

"Mungkin ramai yang tahu saya muncul dalam bidang seni sebagai pelakon lagak ngeri.

Trisha terharu dengan kemenangan pertama di FFM33. - Foto RAJA FAISAL HISHAN

Trisha terharu dengan kemenangan pertama di FFM33. - Foto RAJA FAISAL HISHAN

"Saya memang sudah menyimpan hasrat mahu menjadi seperti Tan Sri Michelle Yeoh malah berangan mahu menggengam anugerah FFM.

"Tetapi tak sangka pula seawal ini sebab saya tidak meletakkan harapan tinggi," katanya kepada mStar.

Trisha berkongsi perkara itu ketika ditemui di sidang media FFM33 yang diadakan di Auditorium Seri Angkasa, Kota Media di Angkasapuri Kuala Lumpur.

Dalam pada itu, Trisha memberitahu kemenangan tersebut tidak membuatkan dia selesa malah ia tanggungjawab besar perlu digalas.

ARTIKEL BERKAITAN: Kongsi realiti kehidupan rakyat Kelantan, filem Janna Endoro angkat wanita sebagai hero

ARTIKEL BERKAITAN: Filem pertama ‘Janna Endoro’ tak dapat sambutan, Linda Rafar terpaksa tebalkan muka minta rakan artis bantu promosi

Kongsi aktres berkenaan, dia mahu lebih fokus memperbaiki teknik lontaran suara dengan menyertai kelas lakonan bersama pelakon Datuk Fauziah Nawi.

"Sebelum ini saya memang sudah berniat untuk mempelajari seni lakonan bersama ibu Fauziah.

"Saya sedar kelemahan diri sebagai seorang pelakon baru. Saya ada masalah lontaran vokal dan selepas ini saya perlu memberi lebih fokus kepada aspek itu.

Lakonan filem pertama Trisha iaitu Janna Endoro berjaya mendapat perhatian juri.

Lakonan filem pertama Trisha iaitu Janna Endoro berjaya mendapat perhatian juri.

"Kemenangan anugerah ini bukan hanya berita gembira tetapi ia merupakan satu tanggungjawab lebih berat," ujarnya.

Trisha berjaya menewaskan empat lagi pelakon wanita hebat iaitu Harissa Adlynn (The Lord Musang King), Teoh Ying Pei (The King Of Musang King), Zera Hariz (Syif Malam), dan Takahara Suiko (Imaginur) dalam kategori tersebut.

Ini merupakan kemenangan pertama buat Trisha selepas lima tahun menceburi industri seni.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain