suria

Kejayaan ‘Imaginur' tak buat pengarahnya dabik dada, anggap ‘Abang Adik’ layak menang Filem Terbaik FFM33

Nik mengagumi pencapaian Jin (kanan) di persada antarabangsa menerusi karya Abang Adik.

KEJAYAAN Imaginur membawa pulang tujuh buah trofi termasuk Filem Terbaik di Festival Filem Malaysia ke-33 (FFM33) menumpaskan pesaing terdekatnya iaitu Abang Adik tidak membuatkan pengarahnya mendabik dada.

Sebaliknya Nik Amir Mustapha menjelaskan karya arahan Jin Ong itu juga layak diangkat sebagai pemenang kerana ia sebuah naskhah berkualiti.

Malah kata Nik Amir, Abang Adik juga melakar pelbagai sejarah di peringkat antarabangsa yang turut menjadi kebanggaan rakyat Malaysia.

Copy of Untitled - 2024-12-08T124431.005

Kejayaan Imaginur tidak membuatkan Nik dan Redza (kanan) menadbik dada.

"Filem Abang Adik memang layak untuk diangkat sebagai pemenang, bukan sahaja sebab mereka menang banyak anugerah di luar negara.

"Apa lebih utama filem ini mendapat sambutan luar biasa penonton bukan sahaja di Malaysia tetapi Hong Kong dan Taiwan," katanya kepada mStar.

Nik Amir berkongsi perkara itu ketika diminta mengulas mengenai kemenangan besar Imaginur ketika ditemui di malam kemuncak FFM33 pada malam Sabtu.

Acara berprestij itu diadakan di Auditorium Seri Angkasa, Angkasapuri Kuala Lumpur.

ARTIKEL BERKAITAN: ‘Imaginur’ Filem Terbaik Festival Filem Malaysia ke-33

ARTIKEL BERKAITAN: Dalam gembira menang trofi FFM33 ada sedih, Elizabeth Tan keguguran kali kedua

Dalam pada itu, Nik Amir juga kagum dengan kehebatan Jin sebagai pengarah yang disifatkan sebagai bijak dan berpengetahuan luas.

Malah katanya, dia sendiri sepatutnya belajar dan menimba ilmu daripada Jin bagi memperbaiki mutu pengarahannya di masa depan.

"Saya mengagumi Jin sebab dia seorang pengarah yang bijak dan berpengetahuan luas. Saya sendiri memang kena belajar daripadanya," ujarnya.

Sementara itu, penulis skrip Imaginur iaitu Redza Minhat memberitahu mereka sebenarnya tidak meletakkan harapan tinggi untuk menang kategori Filem Terbaik.

Saya mengagumi Jin sebab dia seorang pengarah yang bijak dan berpengetahuan luas.

NIK AMIR MUSTAPHA

PENGARAH

Ini kerana Abang Adik mempunyai kekuatan tersendiri sebagai sebuah naskhah malah isu diketengahkan lebih berat berbanding karya-karya lain.

"Awal-awal lagi kami sudah pasrah dengan segala keputusan namun bersyukur dengan kemenangan ini.

"Abang Adik ada kekuatan tersendiri malah jalan cerita dan isu yang diketengahkan juga lebih berat. Setiap aspek tentangnya ada kualiti," jelasnya.

Copy of Untitled - 2024-12-08T124540.255

Imaginur berjaya mendominasi tujuh kategori di FFM33.

Abang Adik mencipta sejarah tersendiri apabila memenangi beberapa anugerah di luar negara termasuk Filem Terbaik di 10th Asia World Film Festival di Los Angeles dan New York Asian Film Festival.

Di FFM33, Abang Adik pula menggunguli lima kategori termasuk Pengarah Harapan, Lakon Layar Terbaik, Rekaan Kostum/Busana Terbaik dan Tatarias/Solekan Terbaik.

Manakala selain Filem Terbaik dan Pengarah Terbaik, Imaginur turut mengungguli kategori Penataan Seni Terbaik, Lagu Tema Terbaik, Penyunting Terbaik, Pelakon Lelaki Terbaik dan Cerita Asal Terbaik.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain