suria

Jack Tan tak jangka menang Pelakon Pembantu Lelaki Terbaik, perjalanan ‘Abang Adik’ masih panjang

Jack dinobatkan sebagai Pelakon Pembantu Lelaki Terbaik FFM33.

MENEPATI ramalan, pelakon filem Abang Adik iaitu Jack Tan dinobatkan sebagai Pelakon Pembantu Lelaki Terbaik di Festival Filem Malaysia ke-33 (FFM) yang berlangsung di Auditorium Seri Angkasa, Angkasapuri Kuala Lumpur pada malam Sabtu.

Jack, 33, berjaya menundukkan empat lagi pesaing dalam kategori tersebut termasuklah Syafiq Kyle (Sheriff), Wan Azli (Pagari Bulan), Sharnaaz Ahmad (Polis Evo 3) dan Kahoe Hon (Victims).

Tidak menjangkakan kemenangan tersebut, Jack memberitahu kehadirannya ke FFM pada tahun ini sekadar memberi sokongan kepada penggiat seni tanah air.

jack1 - 1

Usaha Jack membuahkan hasil apabila dinobat sebagai Pelakon Pembantu Lelaki Terbaik. - Foto RAJA FAISAL HISHAN

Bagaimanapun, Jack tetap meluahkan rasa syukur dan bangga apabila bakat dan usahanya selama hampir sedekad membuahkan hasil.

“Saya tak jangka memenangi trofi malam ini. Saya tiba dari Taiwan petang tadi semata-mata mahu memberikan sokongan kepada FFM33 tanpa mengharapkan sebarang kemenangan.

“Bagaimanapun, saya berterima kasih kepada juri, pihak produksi Abang Adik dan FFM atas kemenangan ini.

ARTIKEL BERKAITAN: Tiada tapisan tayangan di Netflix, Jack Tan jawab babak seks dalam ‘Abang Adik’

ARTIKEL BERKAITAN: Pelakon ‘Abang Adik’ rangkul 2 trofi utama MGGA 2024

“Ia buatkan saya teringat pengalaman pertama kali hadiri FFM pada lapan tahun lalu menerusi filem pertama saya Shuttle Life,” katanya kepada mStar.

Mengulas mengenai Abang Adik mewakili Malaysia ke Anugerah Oscar ke-97, Jack meletakkan harapan untuk filem tersebut melakar sejarah tersendiri dalam acara berprestij berkenaan.

“Saya sangat gembira sebab Abang Adik masih lagi panjang perjalanannya.

“Mungkin ada rezeki untuk sampai ke Oscar, siapa tahu. Apa pun saya tetap bersyukur,” kongsinya.

Saya tak jangka memenangi trofi malam ini.

JACK TAN

PELAKON

Lebih selektif memilih karya, Jack memberitahu fokus utamanya kini mahu melebarkan sayap di Taiwan dan Hong Kong memandangkan rezekinya tertumpu di negara berkenaan.

Namun, Jack tetap bersedia membintangi filem tempatan asalkan skrip dan jalan ceritanya yang ditawarkan berkualiti.

“Memang ada banyak tawaran untuk buat filem di Malaysia, tetapi rezeki saya banyak dari Taiwan dan Hong Kong.

“Kalau boleh pergi ke peringkat antarabangsa, saya akan kerja keras lagi. Selepas itu, baru saya akan kembali ke Malaysia dan terokai karya yang menarik di sini,” jelasnya.

jack2 - 1

Jack berharap filem Abang Adik dapat melakar sejarah di Anugerah Oscar.

Filem Abang Adik berajaya membawa pulang empat lagi trofi menerusi kategori Pengarah Harapan, Lakon Layar Terbaik, Rekaan Kostum/Busana Terbaik dan Tatarias/Solekan Terbaik.

Filem arahan Jin Ong memaparkan kisah tentang dua bersaudara yang tinggal di ibu kota dan berdepan masalah tiada permit sebagai warganegara.

Kisah kekeluargaan antara watak Abang (Kang Ren Ju) yang kelaianan upaya dan Adik (Jack Tan) cukup menyentuh perasaan apabila mereka saling melengkapi antara satu sama lain.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain