KARYA berjudul Imaginur muncul sebagai pemenang kategori Filem Terbaik di Festival Filem Malaysia ke-33 (FFM33) yang berlangsung di Auditorium Seri Angkasa, Kota Media di Angkasapuri Kuala Lumpur pada malam Sabtu. Imaginur berjaya menundukkan enam lagi saingan sengit dalam kategori tersebut iaitu Abang Adik, Sheriff, Rain Town, Mechamato, Duan Nago Bogho dan Hungry Ghost Diner. Ia sekali gus melayakkan filem arahan Nik Amir Mustapha itu menerima Dana Kandungan Kreatif (DKK) bernilai RM500,000 berserta trofi. Imaginur dinobatkan sebagai Filem Terbaik FFM 33. Nik Amir juga menepati ramalan apabila muncul sebagai pemenang kategori Pengarah Terbaik. Filem tersebut turut membawa pulang lima lagi trofi pada FFM33 iaitu Penataan Seni Terbaik (Rabbani Sujak), Lagu Tema Terbaik (Hasrat), Penyunting Terbaik (Johan Arif Mazlan), Pelakon Lelaki Terbaik (Beto Kusyairy) dan Cerita Asal Terbaik (Redza Minhat & Nik Amir Mustapha). Nik Amir dalam ucapan kemenangannya mengucapkan terima kasih kepada semua barisan pelakon dan kru terlibat yang komited menjayakan filem tersebut. "Terima kasih keapada pelakon dan kru serta semua yang terlibat. Semuanya memang sangat komited menjayakan filem ini. ARTIKEL BERKAITAN: ‘Imaginur’ dan ‘Abang Adik’ ungguli senarai pencalonan Festival Filem Malaysia ke-33 ARTIKEL BERKAITAN: Karya tempatan beri saingan sengit, tujuh filem hebat bolos kategori Filem Terbaik FFM33 "Terima kasih kepda juri dan pihak Finas dan kepada penonton yang menyokong filem kita. Tanpa anda kami tidak akan berada di sini," katanya. Dalam pada itu, filem Abang Adik pula berjaya membawa pulang lima trofi menerusi kategori Pelakon Pembantu Lelaki Terbaik (Jack Tan), Rekaan Kostum/Busana Terbaik (Elaine Ng) dan Tatarias/Solekan Terbaik (Ng Keok Cheng). Pengarahnya, Jin Ong turut memenangi menerusi dua kategori iaitu Pengarah Harapan dan Lakon Layar Terbaik. Filem Sheriff juga tidak mengecewakan apabila membawa pulang empat anugerah iaitu Pelakon Pembantu Wanita Terbaik (Elizabeth Tan), Sinematografi Terbaik (Rahimi Maidin), Kesan Khas Visual Terbaik (Viper Studios Sdn Bhd) dan Anugerah Khas Filem Box Office. Nik Amir dan Redza Minhat terpati ramalan genggam anugerah Cerita Asal Terbaik. Anugerah Pelakon Wanita Terbaik pula dimenangi oleh Susan Lankester menerusi filem Rain Town manakala Pelakon Wanita Harapan dinobatkan kepada Trisha Ooi (Janna Enduro) dan Pelakon Lelaki Harapan, Aniq Durar menerusi filem Pagari Bulan. Sementara itu, pelakon A. Galak menerima pengiktirafan menerusi Anugerah Khas Sepanjang Zaman yang menerima hadiah wang tunai RM10,000 dan trofi. Lebih istimewa, trofi disampaikan oleh penerbit yang juga rakan baik A. Galak iaitu Datuk Yusof Haslam. Bertemakan Emas - Evolusi Sinema Malaysia, FFM 33 menerima 104 penyertaan dengan 95 pencalonan layak bertanding. Jack Tan muncul sebagai Pelakon Pembantu Lelaki Terbaik. Ini merangkumi 64 filem cereka, 20 filem pendek dan 11 filem dokumentari. Pemenang kesemua kategori menerima hadiah wang tunai RM5,000 berserta trofi. Acara itu turut diserikan dengan kehadiran Ketua Setiausaha Kementerian Komunikasi, Datuk Mohamad Fauzi Md Isa, Pengerusi Finas, Datuk Kamil Othman dan Ketua Pegawai Eksekutif Finas, Datuk Azmir Saifuddin. Dihoskan oleh Datuk AC Mizal, FFM33 bersiaran secara langsung di TV2 dan saluran YouTube Finas. FFM33 turut dimeriahkan dengan persembahan penyanyi popular termasuk Dayang Nurfaizah, Nikki Palilkat, Aisha Retno, Aizat Amdan, Haqiem Rusli, Aina Abdul dan ramai lagi. Susan memenangi Pelakon Wanita Terbaik. Berikut senarai pemenang FFM33: Filem Terbaik: Imaginur (Nik Amir Mustapha) Pengarah Terbaik: Imaginur (Nik Amir Mustapha) Pelakon Lelaki Terbaik: Beto Kusyairy (Imaginur) Pelakon Wanita Terbaik: Susan Lankester (Rain Town) Pelakon Pembantu Wanita Terbaik: Elizabeth Tan (Sheriff: Narko Integriti) Pelakon Pembantu Lelaki Terbaik: Jack Tan (Abang Adik) Pelakon Lelaki Harapan: Aniq Durar (Pagari Bulan) Pelakon Wanita Harapan: Trisha Ooi (Janna Endoro) Pengarah Harapan: Jin Ong (Abang Adik) Pelakon Kanak-Kanak Terbaik: Qisya Hairulzain (Magik) Sinematografi Terbaik: Sheriff: Narko Integriti (Rahimi Maidin) Lakon Layar Terbaik: Abang Adik (Jin Ong) Cerita Asal Terbaik: Imaginur (Reza Minhat dan Nik Amir Mustapha) Penataan Seni Terbaik: Imaginur (Rabbani Sujak) Penataan Bunyi Terbaik: Mechamato Movie (Nizam Razak) Penyunting Terbaik: Imaginur (Johan Arif Mazlan) Lagu Tema Terbaik: Imaginur (Hasrat- Amir Jahari) Skor Muzik Asal Terbaik: Malbatt: Misi Bakara (Jakey Yow) Kesan Khas Visual Terbaik: Sheriff (Viper Studios Sdn Bhd) Poster Terbaik: Walid (Layar Pictures Sdn Bhd) Rekaan Kostum/Busana Terbaik: Abang Adik (Elaine Ng) Tatarias/Solekan Terbaik: Abang Adik (Ng Keok Cheng) Dokumentari Terbaik: Pekik (Stereo Pixels Sdn Bhd) Filem Pendek Terbaik: The Missing Trophy (Wayang Works Sdn Bhd) Anugerah Khas Filem Box Office: Sheriff: Narko Integriti Anugerah Khas Juri 1: Naam Katra Isai Anugerah Khas Juri 2: Duan Nago Bogho Anugerah Khas Karyawan: Indra Che Muda Anugerah Khas Sepanjang Zaman: A. Galak Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube TONTON VIDEO PILIHAN!