PEMBAYARAN gaji termasuk caruman Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) serta perlindungan di bawah Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso) tidak sepatutnya menjadi isu kerana ia hak pekerja. Bagi usahawan dan pelakon Wawa Zainal, 33, dia dan suami Aeril Zafrel sentiasa cuba menjaga perkara tersebut agar tidak menindas mana-mana staf yang bekerja dengan mereka. "Wajib bayar gaji, caruman KWSP dan Perkeso sebab itu adalah hak pekerja. Wawa dan Aeril sentiasa jaga kebajikan pekerja. "Macam syarikat saya dan Aeril, seboleh-bolehnya kami mahu jaga kebajikan pekerja kami," katanya kepada mStar. Tidak hanya itu, Wawa berkata, dia dan Aeril sentiasa muhasabah diri serta berbincang bagaimana cara membantu pekerja mana yang dilanda kesusahan. Malah kongsi Wawa, banyak faedah diberikan selain caruman Perkeso dan KWSP demi membalas budi kakitangannya yang sudah bekerja keras menaikkan perniagaannya. ARTIKEL BERKAITAN: [V] Hadiah sempena ‘birthday’ dua anak, Wawa dan Aeril Zafrel beri setiap seorang sebuah kondominium ARTIKEL BERKAITAN: Wawa Zainal terkejut dituduh potong gaji pekerja, stres nama kena petik... “Kami kerap bagi staf bonus” "Kami berdua selalu muhasabah diri dan berbincang mahu beri apa lagi kepada pekerja kami. "Setakat ini macam-macam kami beri, kenaikkan gaji, caruman KWSP, Perkeso, dan faedah perubatan. "Tak cukup dengan itu ada bonus tahunan, elaun makan, minyak dan percutian supaya mereka gembira," jelasnya. Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube TONTON VIDEO PILIHAN!