suria

Penantian 40 tahun berbaloi, Susan Lankester bukti kerja keras akhirnya terbayar

Susan menyifatkan penantiannya selama empat dekad berbaloi.

PELAKON Susan Lankester berharap kejayaannya merangkul anugerah Pelakon Wanita Terbaik di Festival Filem Malaysia (FFM33) membuka mata penggiat seni wanita untuk mempercayai bakat dan kebolehan masing-masing.

Susan atau Susan Anne Lankester, 62, berkata dia merupakan contoh terbaik yang membuktikan kerja keras pasti akan membuahkan hasil sama ada cepat ataupun lambat.

"Saya harap semua pelakon wanita Malaysia sekarang akan percaya dengan diri mereka sendiri.

Copy of Untitled - 2024-12-08T154356.231

Susan berharap pelakon wanita lain mempercayai kemampuan diri mereka.

"Saya harap mereka sedar yang mereka boleh pergi jauh sekiranya mereka berkerja keras dan bersuara sekiranya mereka mahukan lebih lagi dalam karier.

"Saya adalah contoh terbaik anak seni yang berada dalam industri selama 40 tahun," katanya kepada mStar.

Susan berkongsi perkara itu ketika mengulas mengenai kejayaan merangkul trofi berkenaan menerusi filem RainTown di malam kemuncak FFM33 pada malam Sabtu.

Acara berprestij itu diadakan di Auditorium Seri Angkasa, Angkasapuri Kuala Lumpur.

ARTIKEL BERKAITAN: Susan Lankester sebak menang Pelakon Wanita Terbaik di Anugerah Akademi Kreatif Asia 2024

ARTIKEL BERKAITAN: Jack Tan tak jangka menang Pelakon Pembantu Lelaki Terbaik, perjalanan ‘Abang Adik’ masih panjang

Pada Rabu lalu, Susan dinotbatkan sebagai pemenang bagi kategori Pelakon Wanita Terbaik Anugerah Akademi Kreatif Asia (AACA) 2024 di Singapura.

Rasa seperti di awang-awangan, Susan menyifatkan penantiannya lebih empat dekad berbaloi kerana dalam tempoh seminggu dia menerima pengiktirafan oleh dua anugerah berprestij.

"Dalam masa satu minggu sahaja saya peroleh dua pengiktirafan di rantau Asia Tenggara dan di negara sendiri.

"saya rasa seperti saya tidur di atas pelangi kerana terlalu gembira. Kadang-kadang semuanya ditentukan oleh masa dan ini adalah tahun saya," ujarnya.

susan1 - 1

Persembahan lakonan Susan dalam filem RainTown memukau penonton.

Sementara itu, Susan sempat menasihatkan pelakon wanita lain untuk lebih berani menyuarakan keinginan mahupun idea kepada pihak produksi demi kebaikan karya dihasilkan.

"Memang betul kena cari makan, tetapi kita berhak bersuara untuk dapatkan apa yang kita nak. Kalau tidak sampai bila-bila kita akan dapatkan karakter yang sama berulang kali," kongsinya.

Susan berjaya menundukkan empat lagi pesaing lain termasuk Nadia Aqilah (Eva), Diana Danielle (Imaginur), Nabila Huda (Rahsia), Chen Keat Yoke (Hungry Ghost Diner) menerusi kategori itu.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain