PELAKON dan penyanyi Bella Astillah menepis dakwaan mempergunakan dua orang anaknya iaitu Ayden Adrean 7, dan Ara Adreanna, 4 sebagai bahan kandungan di media sosial bagi tujuan meraih simpati ramai. Enggan ambil pusing pandangan orang sekeliling, Bella atau Dayang Ara Nabellah Awang Astillah, 30, menjadikan setiap kecaman itu sebagai pembakar semangat. “Kadang-kadang anak memang selalu dengan Bella. Ada momen bukan Bella yang rakam, tapi team di belakang tabir yang ambil video. Bella hanya repost. Bella kekal bersemangat untuk mencari rezeki buat anak-anaknya. Foto Instagram @bellastillah "Apa pun tanggapan orang, Bella tak kisah. Komen negatif Bella jadikan pembakar semangat, dan komen positif beri motivasi untuk buat lebih baik,” katanya kepada mStar. Bella ditemui semasa majlis media gathering Nabila Razali dan Bella Astillah yang berlangsung di Kuala Lumpur pada Isnin. ARTIKEL BERKAITAN: [V] Pengumuman penting Bella Astillah buat peminat berdebar, rupanya gimik pelancaran konsert bersama 6 penyanyi asal Sabah ARTIKE BERKAITAN:[V] Stacy jawab tuduhan berlagak diva, hubungan dengan Bella Astillah masih baik Sebelum ini timbul dakwaaan kononnya Bella memuat naik video bersama anak-anak sewaktu membuat ulasan produk jenama luar untuk meraih simpati dan tontonan. Tambah penyanyi ini melakukan kandungan di media sosial juga sebagai salah satu punca rezeki untuk menampung kehidupan keluarga. Ujian adalah pengajaran BELLA ASTILLAH PELAKON/PENYANYI "Bella memang dah biasa berniaga. Dari sekolah lagi Bella jual kuih raya dan laksa untuk pendapatan sampingan. Jadi, bila ada peluang sekarang, Bella teruskan tradisi itu. "Bila ada orang bagi kerja, Bella bersyukur sebab itu juga rezeki untuk anak-anak dan keluarga,” ujarnya. Untuk rekod, Bella Astillah, bercerai talak satu dengan pelakon Aliff Aziz, pada 13 Jun lalu. Bella dan Nabila di pentas mempersembahkan lagu "Cacaca" yang mengangkat tema cinta diri (self-love). Foto @aizatadyikram Bercakap tentang lagu baharu terbaharunya berjudul Cacaca duet bersama Nabila Razali, Bella memberitahu lagu mempunyai mesej perasaan cinta terhadap diri sendiri dan motivasi untuk terus bangkit berdepan cabaran hidup. Lagu ini diterbitkan oleh Universal Music Malaysia dan merupakan ciptaan Mage, Ja'a, dan Ezra Kong. Muzik video (MV) pula telah dilancarkan pada 6 Disember lalu. “Lagu ini bukan sahaja tentang mencari cinta dengan orang lain, tetapi juga cinta pada diri sendiri. Usaha, doa dan tawakal. Itu mesej penting yang ingin kami sampaikan kepada peminat. “Semua orang tahu cabaran hidup Bella. Saya kagum dengan bagaimana dia terus kuat dan positif. Itu yang ingin kami terapkan dalam lagu ini semangat untuk tidak mudah menyerah," katanya. Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube TONTON VIDEO PILIHAN!