suria

Syahmie Thsaqeef boleh tayang badan demi watak, sanggup lakon babak panas tapi ada batas

Syahmie sanggup tayang badan demi memenuhi tuntutan skrip.

TIADA niat untuk menunjuk-nunjuk, pelakon Syahmie Thsaqeef memberitahu dia terbuka jika perlu menayangkan badan dalam drama demi memenuhi tuntutan watak.

Syahmie atau Syahmie Thsa'qeef Ariffin, 30, berkata dia sanggup melakukan perkara itu kerana mahu membuktikan kesungguhannya berada dalam industri seni.

"Ia bergantung atas dasar apa, saya bukan suka-suka tayang badan. Saya buat atas tuntutan karakter dan projek tersebut.

Copy of Untitled - 2024-12-10T142440.212

Syahmie tidak ambil pusing kata-kata kecaman netizen.

"Saya suka berlakon, bila dapat sahaja satu skrip sudah tentu saya akan buat sehabis baik untuk mendalami watak yang diberikan," katanya kepada mStar.

Syahmie berkongsi perkara itu ketika ditemui di sidang media drama vertikal pertama TV3 berjudul Benci Jadi Cinta yang belangsung di Sri Pentas, Bandar Utama pada Isnin.

Dalam pada itu, Syahmie turut memberitahu dia bersedia sekiranya ditawarkan melakonkan adegan daring atau panas asalkan tidak melampaui batas.

ARTIKEL BERKAITAN: Tayang badan dalam drama, Mierul Aiman sanggup buka baju kerana tuntutan skrip

ARTIKEL BERKAITAN: Tayang badan six pack dalam ‘Malbatt Misi Bakara’... Ikhram Juhari bukan menunjuk, mahu naikkan nama askar

"Bagi saya, sekiranya watak tersebut akan meningkatkan mutu dan prestasi lakonan saya. Saya sanggup (adegan panas).

"Tetapi saya tetap ada batasan. Setiap manusia ada prinsip apa yang boleh dibuat dan apa yang tidak," jelasnya.

Sedar tindakan itu berkemungkinan mengundang kecaman netizen, Syahmie memilih untuk tidak ambil pusing mengenai perkara tersebut.

Saya akan buat sehabis baik untuk mendalami watak yang diberikan.

SYAHMIE THSAQEEF

PELAKON

Baginya, sudah menjadi lumrah buat anak seni apabila segala tindak tanduk mereka menjadi perhatian ramai.

"Sejujurnya, kita buat benda baik atau buruk orang akan tetap menilai dan mengata kita. Saya tak ambil peduli apa mereka katakan.

"Kita semua adalah pendosa, tetapi tak bermakna saya terus begitu, saya percaya niat untuk berubah ke arah kebaikan itu akan datang," ujarnya.

Copy of Untitled - 2024-12-10T142550.991

Syahmie membintangi drama bersiri vertikal berjudul Benci Jadi Cinta.

Dalam perkembangan lain, Syahmie membintangi sebuah drama bersiri vertikal berjudul Benci Jadi Cinta yang disiarkan menerusi lama TikTok Drama Sangat bermula Isnin.

Mengangkat tema cinta dan romantik komedi, Syahmie menyifatkan konsep yang diketengahkan drama ini berbeza selain jalan ceritanya yang santai dan bersesuaian dengan cita rasa generasi masa kini.

Ia mengisahkan tentang hubungan diantara dua rakan sekerja yang bermula agak dingin namun lama-kelamaan hubungan mereka berubah dan bibit-bibit cinta pun timbul.

Selain Syahmie, drama Benci Jadi Cinta turut menampilkan barisan pelakon baharu iaitu Harissa Adlynn dan Zheng Ning.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain