suria

Pembalut wajah sudah dibuka, luka melecur suami Syura Badron semakin pulih - “Akhirnya dapat tengok muka dia lagi”

Muka suami Syura semakin pulih.

PENYANYI Syura Badron berkongsi keadaan terkini suaminya selepas hampir dua minggu terlibat insiden tong gas meletup ketika menginap di sebuah homestay di Perlis.

Syura atau Zuraidah Badron, 38, meluahkan rasa syukur apabila luka pada wajah suaminya, Muhammad Farizat akibat melecur semakin sembuh malah tidak perlu dibalut lagi.

Dia juga memberitahu rasa rindunya terubat apabila suaminya tidak lagi menggunakan pembalut wajah.

syura 2

Wajah suami Syura antara yang tercedera semasa letupan gas.

"Hero saya nampak berseri-seri hari ini. Luka dekat muka sudah sembuh sepenuhnya. Gembiranya!.

"Terima kasih Allah, akhirnya dapat tengok muka dia lagi. Sumpah rindu tahu tak. Alhamdulillah," katanya.

Syura berkongsi perkara itu menerusi Instastory miliknya pada Rabu yang turut terdengar gelak ketawa darinya.

ARTIKEL BERKAITAN: Dikecam tak ambil tindakan insiden tong gas meletup, Syura ikut kehendak suami - “Tidak adil tuding jari kepada pemilik semata-mata”

ARTIKEL BERKAITAN: Syura tak sanggup tengok kulit suami disiat, imbau kejadian cemas letupan gas - “Sepatutnya saya yang kena”

Dalam hantaran tersebut memaparkan wajah suaminya yang semakin membaik namun masih ada sedikit luka masih belum sembuh sepenuhnya.

Tidak hanya itu, Farizat juga dilihat sudah kembali bercakap dan bergurau dengan isterinya seperti biasa.

Pada 25 November lalu, Syura memaklumkan Farizat ditahan di hospital kerana melecur di bahagian muka, kaki dan tangan akibat letupan tong gas di tempat penginapan mereka.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di WhatsApp, Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain