suria

Iqbal Zulkefli pernah habiskan RM1 juta dalam seminggu, sudah bosan hidup mewah

Iqbal kini mahu memberikan fokus terhadap perniagaan yang diusahakan.

SUDAH bosan hidup mewah, usahawan Ahmad Iqbal Zulkefli menjual barangan berjenama miliknya kerana kebanyakannya tidak digunakan.

Iqbal, 30 berkata, pada tahap sekarang dia tidak lagi memikirkan kemewahan sebaliknya mahu memberi fokus terhadap perniagaan diusahakan.

"Banyak barang mewah milik saya berharga ratusan ribu ringgit, ada juga dapat tajaan.

Iqbal mendedahkan pernah menghabiskan wang sebanyak RM1 juta dalam seminggu.

Iqbal mendedahkan pernah menghabiskan wang sebanyak RM1 juta dalam seminggu.

"Barangan mewah yang saya tak pakai pun saya jual semula. Bosan juga terlalu mewah. Sekarang banyak fikir bisnes sahaja," katanya.

Iqbal berkongsi perkara itu menerusi ruangan soalan yang dibuka di Instastory miliknya pada Rabu.

Dalam pada itu, Iqbal mendedahkan dia pernah menghabiskan RM1 juta dalam tempoh seminggu bagi memenuhi sikap boros.

ARTIKEL BERKAITAN: Iqbal Zulkefli bergegas balik Kelantan mahu bantu mangsa banjir, risau keluarga turut terjejas

ARTIKEL BERKAITAN: [V] Iqbal Zulkefli sedia berdepan saman RM5 juta bekas ipar, sanggup mati pertahan adik lelaki

Bagaimanapun kata Iqbal, dia berjaya mengikis sikap tersebut kerana banyak komitmen lain perlu didahulukan berbanding kehendak diri.

"Beberapa tahun lalu saya sempat boros. Saya boleh habiskan RM1 juta dalam seminggu sahaja tanpa sedar.

"Sekarang jauh berbeza. Banyak komitmen yang perlu dibayar. Tambah-tambah hasil pendapatan itu daripada saya sendiri," jelasnya.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain